Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Cekal Mencari Rezeki, Ibu Tunggal Bawa Bayi 2 Bulan Buat ‘Job Delivery’ Raih Perhatian

Seorang ibu tunggal yang gigih mencari rezeki dengan bekerja sebagai penghantar makanan di Kelantan telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Founder Misi di laman Facebooknya, pihaknya tampil menghulurkan bantuan kepada wanita terbabit selepas gambarnya bersama bayi di atas motosikal tular di media sosial.

Disebabkan tiada siapa boleh bantu menjaga anak bongsunya, wanita terbabit terpaksa membawa bayinya yang berusia dua bulan bekerja ketika menghantar makanan.

Ibu tunggal

Ibu tunggal

“Ibu kepada lima orang cahaya mata, tanpa suami dia terpaksa cari rezeki untuk semua.
“Malah, hanya mampu kerja sekitar tiga jam dan boleh dapat sekitar RM15-RM20. Dia akan buat penghantaran sekitar Bachok atau Kota Bharu,” katanya.

Bagi membantu meringankan bebannya, Founder Misi membawa wanita terbabit serta kesemua anaknya membeli barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: 10 Tahun Jadi Penyanyi Kelab Malam, Kini Bergelar Mualaf Selepas Terima Hidayah

Ibu tunggal

Contoh wanita hebat!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesungguhan serta kecekalan wanita tersebut dalam membesarkan anak-anaknya tanpa keberadaan seorang suami di sisi.

Terima kasih orang baik tolong!

Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan terima kasih kepada Founder Misi kerana bermurah hati menyalurkan sumbangan kepada keluarga wanita tersebut.

Sumber: Facebook @Founder Misi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Terminal utama yang juga berfungsi sebagai balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa memulakan operasinya hari ini, menandakan langkah penting...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd