Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sempat Beli Cincin Sebelum Hanyut, Hasrat Konstabel Rahimi Bertunang Lepas Raya Tidak Kesampaian

Hasrat Konstabel Muhammad Rahami Amirudin untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya selepas Aidilfitri tahun depan berakhir dengan duka selepas beliau ditemukan meninggal dunia akibat dihanyutkan arus deras di Kampung Giching, Sepang, pada malam Jumaat.

Menurut laporan Sinar Harian, bapanya, Sarjan Mejar Amirudin Mohd Hanifah dari Jabatan Penjara Malaysia (Kluang), berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu begitu teruja menanti hari bahagianya hingga sanggup keluar membeli cincin merisik bersama bakal tunang pada pagi sebelum kejadian.

konstabel

Foto: Sinar Harian

“Arwah sudah rancang semuanya. Malam sebelum dia bertugas, dia makan bersama keluarga bakal tunangnya di Kampung Giching. Selepas itu, dia pulang untuk bersiap masuk kerja jam 11 malam,” katanya.

Artikel lain: Empat Sekeluarga Terselamat Selepas Kereta Hanyut Dibawa Arus Deras

Namun perjalanan Rahami ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai tidak berjalan seperti biasa apabila laluan utama ditenggelami air susulan hujan lebat.

“Kebetulan ada majlis kenduri berhampiran kawasan itu. Arwah sempat bertanya kepada penduduk sama ada laluan itu selamat dilalui, tapi dia tetap meneruskan perjalanan walaupun sudah diberi amaran,” ujarnya.
konstabel

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, ketika kereta Perodua Bezza yang dipandu Rahami memasuki lintasan air, kenderaan itu hilang kawalan sebelum dihanyutkan ke dalam tali air.

Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari kereta dan berenang ke tepi, namun arus deras terlalu kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Amirudin berkata keluarga bergegas ke Sepang sekitar jam 3 pagi selepas menerima maklumat mengenai kejadian dan menunggu sepanjang operasi mencari serta menyelamat dijalankan oleh pasukan penyelamat.

konstabel

Foto: Sinar Harian

“Kami tidak henti berdoa. Bila dimaklumkan arwah ditemui lengkap beruniform, luluh hati saya sebagai bapa,” jelasnya.

Lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, sahabat dan penduduk tempatan hadir memberikan penghormatan terakhir di Tanah Perkuburan Islam Taman Purnama. Sebelum dikebumikan, jenazah disolatkan di Surau Ar-Raudhah, Penjara Simpang Renggam.

Terdahulu, laporan memaklumkan Konstabel Rahami dilihat cuba berpaut pada papan tanda jalan selepas keluar dari keretanya yang tidak lagi mampu meredah banjir.

konstabel

Foto: Sinar Harian

Usaha itu gagal apabila arus deras terus membawa konstabel Rahimi kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian sebelum mayatnya ditemukan sekitar jam 7.30 pagi pada Sabtu.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Mexico supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani...

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Nasional

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi antara agensi penguat kuasa terawal menyahut tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memburu secara agresif individu disyaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd