Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Harap Sekali Lagi Cetuskan Fenomena”- Anna & Meerqeen Umum Melur Untuk Firdaus Musim 2

Pernah mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan penonton dari dalam dan luar negara, drama bersiri Melur Untuk Firdaus akhirnya kembali musim kedua selepas mendapat persetujuan daripada pihak TV3.

Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh pelakon utama dalam drama tersebut iaitu Anna Jobling dan Meerqeen dan mengakui sangat teruja untuk memulakan penggambaraan bagi memenuhi permintaan penonton.

“Kalau permintaan peminat nak tonton kami lagi, apa salahnya kami tunaikan. Sebenarnya kami tak jangka pun akan ada musim kedua.
“Pada awalnya, jangkaan kami untuk musim yang pertama hanya biasa-biasa sahaja. Bila dah ditayangkan, kami pun terkejut drama ini boleh meletop di seluruh dunia. Disebabkan itu, kami lanjutkan lagi untuk musim yang kedua. Ini semua untuk anda,” katanya.

Bukan itu sahaja, Meerqeen turut meluahkan rasa debaran serta tertekan untuk melakonkan kembali drama tersebut untuk musim kedua memandangkan penonton akan memberi tanggapan yang tinggi untuk drama itu.

Jelas Meerqeen, dia dan Anna akan cuba memberi yang terbaik untuk menghasilkan kualiti yang bagus dan berharap drama itu akan mendapat sambutan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Secara jujurnya, saya akui berasa sedikit tertekan untuk memenuhi ekpektasi peminat kerana kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik. InsyaAllah kami akan cuba sebaik mungkin.
“Saya juga mengharapkan drama ini akan mendapat sambutan yang lebih hebat daripada musim pertama. Apa yang boleh saya katakan, drama kali ini akan menampilkan kelainan dari segi plot cerita dan karakter-karakter baru. Kami tak sabar nak mulakan penggambaran bagi drama ini,” jelasnya.

Difahamkan, penggambaraan drama Melur Untuk Firdaus untuk musim kedua akan dijangkakan berjalan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Untuk info, sebelum ini drama tersebut mendapat lebih 11 juta tontonan di Malaysia sekaligus mencetuskan fenomena baharu sehingga berjaya mengumpul 3.0 billion tanda pagar tontonan di TikTok.

Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Tular kisah seorang lelaki dikenali sebagai Syed yang mendakwa dirinya ditipu selepas berkahwin dengan wanita bergelar isteri orang.Namun kini, suami pertama wanita terbabit, Baki,...

Lokal

Tular di media sosial, sebuah video memaparkan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila didakwa menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan yang terletak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd