Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hanya Seorang Sahaja Daftar Tahun 1, SK Tebing Rebak Terus Hadapi Kekurangan Murid

Hanya Seorang Sahaja Daftar Tahun 1

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam.

Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan sesi persekolahan di sekolah yang telah menghadapi kekurangan murid sejak beberapa tahun lalu.

Bagi sesi persekolahan tahun ini, SK Tebing Rebak mencatatkan jumlah lapan murid, lima lelaki dan tiga perempuan, dengan lapan orang guru bertugas.

Hanya Seorang Sahaja Daftar Tahun 1

Raissyah Aafiyah hadir ke sekolah bersama bapanya, Rahmat Baok, 49, dan ibu, Suzana Aziz, yang juga guru di sekolah berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Murid cilik itu berkongsi rasa gembiranya kerana kakaknya, Rania Adriana, 11, kini berada di Tahun 5 di sekolah yang sama.

“Saya seronok walaupun sekolah ini agak jauh dari rumah saya di Tebuk Iman Basir, Selekoh.
“Saya datang bersama ibu yang juga guru sekolah ini,” kata Raissyah Aafiyah.

Artikel lain: Alami Masalah Tulang Sejak Kecil, Pelajar OKU Sanggup Naik Bot Pergi Sekolah Setiap Hari

SK Tebing Rebak, dibina sejak 1950-an dan terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Bagan Datuk, terus mengalami kekurangan murid berikutan penghijrahan penduduk.

Lapan murid SK Tebing Rebak yang berdaftar bagi sesi persekolahan 2024/2025 lalu. Kredit Foto: Harian Metro

Tahun lalu, jumlah murid yang bersekolah di sini hanya lapan orang, sama seperti tahun sebelumnya.

Sumber: Utusan Online (Ain Safre Bidin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Dunia

Indonesia merancang untuk menghantar jururawat ke Malaysia susulan perkembangan pesat hospital swasta di negara ini, menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Mohammad Iman Hascarya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd