Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Firos Mohamed Meninggal Dunia Ketika Beraksi, Tak Sempat Hantar Anak Daftar UTM

Firos Mohamed Meninggal Dunia

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Firos Mohamed Meninggal Dunia Ketika Beraksi

Penang FC dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan berita pemergian Allahyarham.

“Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja Penang FC mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed yang telah pulang ke rahmatullah.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali,” menurut kenyataan itu.

 

Apa yang lebih menyayat hati, anak Allahyarham yang turut berada di tepi padang dilaporkan pengsan selepas menyaksikan sendiri detik ayahnya rebah di hadapan mata.

Kedua-dua mereka segera diberi bantuan awal oleh pasukan perubatan sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Legenda Bola Sepak Negara, Shaharudin Abdullah Meninggal Dunia

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial memaparkan saat-saat cemas ketika Allahyarham rebah ketika perlawanan menentang pasukan legenda Kedah.

Kejohanan empat penjuru itu menghimpunkan legenda bola sepak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dalam aksi penuh nostalgia yang disambut meriah para peminat.

Firos dikenang sebagai antara penjaga gol terbaik Pulau Pinang dan negara pada era 1990-an. Kehadirannya malam tadi menjadi antara tarikan utama buat penyokong yang hadir memberi sokongan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih memilukan, Allahyarham dilaporkan telah berjanji untuk menghantar anaknya mendaftar masuk ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), namun hasrat itu tidak kesampaian.

“Sedih sangat… arwah dah janji nak hantar anak daftar UTM,” luah seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Wanie.

Sumber: TikTok Miz Wanie, BERNAMA

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Sukan

Pasukan bola sepak negara melonjak dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menduduki tempat ke-116 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd