Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FAM Umum Teraju Struktur Organisasi Baharu Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan struktur organisasi baharu bagi skuad bola sepak negara, Harimau Malaya, hari ini.

Perubahan itu bertujuan untuk memperkukuhkan pengurusan, penggunaan teknologi dan perubatan, serta melantik jurulatih-jurulatih baharu yang akan memainkan peranan penting dalam memajukan skuad kebangsaan.

Foto: Facebook Football Association of Malaysia 

“Fasiliti pengurusan dan pasukan perubatan akan ditambah baik dan bakal menerima nafas yang baharu di bawah penstrukturan semula FAM.
“Ini adalah sebahagian inisiatif-inisiatif serta perubahan bagi melaksanakan struktur organisasi baharu untuk Harimau Malaya,” tulis FAM dalam satu kenyataan di Facebook.

Justeru, FAM turut mengumumkan pelantikan dua individu penting yang akan menerajui struktur organisasi baharu skuad kebangsaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peter Cklamovski dilantik sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan Harimau Malaya

FAM telah melantik bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski dari Australia sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan.

Menurut FAM, Cklamovski dilihat sebagai seorang jurulatih muda yang berkaliber dalam memastikan skuad Harimau Malaya dapat bersaing lebih hebat di pentas antarabangsa bermula dengan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac depan.

Foto: Facebook Football Association of Malaysia 

Cklamovski, yang kini berusia 46 tahun, mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia bola sepak terutamanya ketika beliau bekerja bersama Ange Postecoglou dalam skuad kebangsaan Australia dan kelab Yokohama F. Marinos.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas FAM, Cklamovski hadir ke Malaysia untuk menyediakan satu set staf kejurulatihan yang mantap.

Nafuzi Zain dilantik sebagai Ketua Jurulatih B-23 Kebangsaan

Malah, bagi memastikan kesinambungan bakat muda dalam skuad Harimau Malaya, FAM turut melantik bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain sebagai Ketua Jurulatih B-23 Kebangsaan.

Jelas FAM, kredibiliti Nafuzi itagih dalam usaha memperkasakan semula skuad B-23 kebangsaan yang kebelakangan ini kelihatan kurang menyinar di pentas antarabangsa.

Foto: Facebook Football Association of Malaysia 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, FAM melihat dengan kehadiran Nafuzi, skuad B-23 dijangka kembali bangkit dalam Kejuaraan B-23 ASEAN 2025, Kelayakan Piala Asia B-23 2026 dan Sukan SEA 2025 di Thailand.

Artikel lain: Vicente Umum Tinggalkan Skuad Harimau Malaya Selepas Piala AFF 2024

Ketua Pegawai Eksekutif dan pasukan perubatan berpengalaman baharu juga akan dilantik

Tidak berhenti di situ, Ketua Pegawai Eksekutif dan pasukan perubatan berpengalaman baharu juga akan dilantik untuk membantu penstrukturan semula FAM dalam memastikan perjalanan operasi organisasi berjalan dengan lebih cekap serta profesional.

Tegas FAM, butiran lanjut mengenai jawatan-jawatan lain dalam struktur organisasi baharu ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Football Association of Malaysia 

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd