Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Enam Maut Dalam Insiden Pesawat Polis Terhempas Berhampiran Pantai

Enam pegawai dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas berhampiran kawasan peranginan di Hua Hin, Wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand pagi tadi.

Menurut laporan Bangkok Post,  jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Archayon Kraithong berkata, insiden berlaku sekitar jam 8.15 pagi waktu tempatan ketika pesawat itu sedang menjalani latihan payung terjun.

Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas kira-kira 100 meter dari pesisir pantai di daerah Cha-am, terletak kira-kira 130 kilometer ke barat daya ibu negara Bangkok.

Foto: Bangkok Post

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pesawat itu berpusing di udara sebelum menjunam ke laut yang membuatkan penduduk setempat dan nelayan terus bergegas ke lokasi kejadian, meredah air laut separas dada dalam usaha menyelamat mangsa.

Mangsa yang maut adalah Pol Col Prathan Khiewkham, Pol Lt Col Panthep Maneewachirangkul, Pol Capt Chaturawong Wattanapaisarn, Pol Lt Thanawat Mekprasert, Pol L/Cpl Jeerawat Maksakha dan Pol Sgt Maj Prawat Pholhongsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Kitrat Phanphet dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa siasatan terperinci akan dijalankan, termasuk menganalisis data daripada kotak hitam pesawat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Foto: Bangkok Post

“Polis Diraja Thailand merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tragik ini,” menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa.

Sumber: Bangkok Post

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd