Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Empat Guru Malaysia Dapat Pengiktirafan Tertinggi Dalam Dunia Pendidikan Negara

Empat guru Malaysia dapat pengiktirafan

Empat orang guru dengan latar belakang berbeza telah dipilih menerima pengiktirafan tertinggi dalam dunia pendidikan negara sempena Majlis Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-45 di Kuching, Sarawak.

Empat guru Malaysia dapat pengiktirafan

Empat guru Malaysia dapat pengiktirafan

Penganugerahan itu, bukan sekadar pencapaian peribadi tetapi merupakan simbol penghargaan negara terhadap usaha serta pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.

Dalam pada itu, para guru ini bukan sahaja mencipta pembaharuan dalam bilik darjah bahkan menjadi sumber inspirasi kepada warga pendidik yang lain untuk terus kreatif dan berinovasi dalam meningkatkan mutu pembelajaran.

Bukan itu sahaja, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga fasilitator bengkel bahasa, Zarlina Ahmad telah diangkat sebagai penerima Anugerah Khas Bitara Bahasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biarpun sudah lama meninggalkan dunia pendidikan, beliau masih tetap aktif sebagai pakar bahasa bertauliah sekaligus komited dalam memperkasakan pembangunan generasi muda.

Empat guru Malaysia dapat pengiktirafan

Sementara itu, Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sebangang, Lawas, Sarawak, Cikgu Muhammad Nazmi Rosli telah membawa pulang Anugerah Khas Menteri Pendidikan.

Cikgu Nazmi berkata, penerapan pendekatan pembelajaran kontekstual yang dijalankan olehnya bertujuan menjadikan pengajaran lebih menarik dan disukai para pelajar.

Sebagai contoh, mengubah suasana bilik darjah menjadi kolam renang, pantai atau pesawat bagi membawakan satu pengalaman yang berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, untuk Anugerah Guru Ikon STEM, pula dinobatkan kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang, Kuala Lumpur, Cikgu Amirudin Razali.

Artikel lain: Ibu Tunai Permintaan Anak, Hadiahkan Guru Habib Jewels Dan Bawal Exclusive

Bagi Anugerah Guru Ikon Muda pula disandang oleh guru dari SK Padang Pekan, Jitra, Kedah, Cikgu Nur Ameera Nabila Azmi.

Cikgu Nur Ameera cukup terkenal dengan pengaplikasian cara pengajaran berasaskan nyanyian, pergerakan dan aktiviti interaktif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cara ini dapat menjadikan suasana kelas menjadi lebih ceria sekaligus membantu murid agar lebih mudah memahami serta mengingati isi pembelajaran.

Inisiatif yang dilakukan oleh para guru ini bukan sekadar menjadikan beliau dekata bersama pelajar malah memberikan satu impak positif dalam meningkatkan mutu pembelajaran murid-murid.

Sumber: Sinar Bestari (Roshlawaty Mad Raieh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Sosial

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd