Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Maut, Bas Bawa 45 Penumpang Terbabit Kemalangan Dengan Dua Lori

Dua maut dan 16 cedera membabitkan kemalangan sebuah bas persiaran membawa 46 penumpang bersama dua buah lori di Kilometer 80.7, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran Ayer Hitam, Johor malam tadi.

Dua maut, bas persiaran terbabit kemalangan

Dua maut, bas persiaran terbabit kemalangan

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Berita Harian, kemalangan dipercayai terjadi sekitar jam 12.30 tengah malam dan difahamkan mangsa yang terkorban kedua-duanya merupakan penumpang manakala pemandu lori tunda dan lori tangki disahkan selamat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Md Isa Masngun memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.44 tengah malam dan seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi kerja penyelamatan.

Beliau mendapati kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu bas persiaran yang membawa 46 orang termasuk pemandu dan dua lori.

Dua maut, bas persiaran terbabit kemalangan

Foto: Sinar Harian

“Terdapat dua mangsa iaitu penumpang yang tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala 16 lagi iaitu penumpang dan pemandu bas cedera.
“Sementara 28 penumpang lain selamat dan tidak cedera. Mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital dengan ambulans,” kata Md Isa di Batu Pahat, hari ini.

Artikel lain: Operasi Khas JPJ: 18 Penumpang Bas Dikesan Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

Untuk rekod,  bas persiaran itu membawa 46 penumpang terdiri daripada 44 lelaki serta dua wanita dan pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum semua mangsa cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM serta dibantu jentera EMRS bagi rawatan susulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Dunia

Trump Perkenal Duti Baharu 10 Peratus! Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd