Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak Lima Tahun, Cuba Hapuskan Bukti

Seorang doktor dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas empat pertuduhan termasuk membunuh isteri dan anak tunggal serta cubaan menghapuskan bahan bukti di sebuah rumah di Bandar Dato’ Onn.

Menurut laporan Kosmo!Online, tertuduh yang dikenali sebagai Chia Tong Hong, 33, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan tiga majistret.

Doktor didakwa bunuh isteri dan anak

Doktor didakwa bunuh isteri dan anak

Foto: Kosmo Online

Pun begitu, tiada pengakuan dibuat memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pegawai perubatan di sebuah klinik swasta didakwa membunuh isterinya, Phun Lai Ling, 37, serta menghalang polis menjalankan tugas dengan mengubah kedudukan anaknya, Aaden Chia Yee Heng, dalam siasatan kes bunuh di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Sementara itu, di hadapan Majistret A. Shaarmini, lelaki berkenaan turut didakwa membunuh anaknya yang berusia lima tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Tong Hong juga berdepan satu lagi pertuduhan di hadapan Majistret Nabilah Nizam kerana didakwa melupuskan kuku palsu isterinya dengan niat mengelak daripada hukuman undang-undang.

Artikel lain: Dua Beranak Rentung Dalam Kebakaran, Juruukur Didakwa Bunuh Ibu Kandung Dan Adik Angkat

Foto: Utusan Malaysia

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Perjiranan 11/12, Bandar Dato’ Onn, antara pukul 9.50 malam hingga 10.34 malam pada 30 dan 31 Disember 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun, dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan sebatan sehingga 12 kali.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, serta Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal, Nur Fatihah Mohd Nizam dan Siti Aishah Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Bernard George.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 17 Mac ini sebagai tarikh serahan dokumen sementara menunggu laporan bedah siasat, asid deoksiribonukleik (DNA), kimia, forensik dan toksikologi.

Sumber: Kosmo!Online (Mohd Sharkawi Londing)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Dunia

Indonesia merancang untuk menghantar jururawat ke Malaysia susulan perkembangan pesat hospital swasta di negara ini, menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Mohammad Iman Hascarya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd