Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video menunjukkan penduduk Gaza menerima hasil tangkapan ikan yang melimpah ruah.
Kejadian itu dikongsi Haroqs di TikTok pada 29 September lalu ketika beliau memancing di atas bot dalam perjalanan menuju Gaza. Menurutnya, seekor ikan secara tiba-tiba melompat masuk ke dalam bot sebelum beliau terus berdoa.
“Ya Allah engkau hujankanlah rezeki seperti ini kepada saudaraku di bumi Gaza malah lebih besar dan banyak kepada mereka,” katanya.
Doa Haroqs Dimakbulkan
Hari ini, rakaman video penduduk Palestin bersyukur dan menyebut kalimah Masya-Allah ketika memperoleh rezeki ikan dalam jumlah banyak mula tular di media sosial.
Artikel lain: GSF: Haroqs Ditahan, Hasrat Bawa Coklat Untuk Kanak-Kanak Di Sana Tidak Kesampaian
Rata-rata warganet di Malaysia menyifatkan doa Haroqs telah dimakbulkan Allah SWT, selain melihat ia sebagai simbol gantian rezeki selepas bekalan makanan gagal disalurkan susulan sukarelawan GSF ditahan tentera Zionis.
Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Sumber: Threads haroqs
