Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

DJ Yesong Dihukum Penjara, Langgar Lari Lelaki Sehingga Maut Akibat Mabuk

Bekas ahli kumpulan gadis K-pop INSTAR Ahn Ye Song yang kini bergelar DJ Yesong telah dihukum penjara selama lapan tahun selepas memandu kenderaannya Mercedes-Benznya dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 50-an.

Menurut laporan media Koreaboo, mendedahkan bahawa keputusan Mahkamah Agung telah mengesahkan hukuman tersebut pada 10 Disember lalu.

Stream DJ YESONG music | Listen to songs, albums, playlists for free on SoundCloud

Foto: Carian Google

Yesong atau Ahn Ye Song, 23, didakwa telah melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Gangnam, Seoul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Yesong dikatakan cuba melarikan diri dari tempat kemalangan itu. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pengaruh alkohol pada dirinya ketika kejadian.

Oleh itu, Mahkamah Agung Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun susulan dia gagal membantu mangsa dan cubaan melarikan diri.

Yesong bagaimanapun membuat rayuan untuk membawa kes tersebut ke perbicaraan kedua bagi mengurangkan tempoh hukuman.

DJ Yesong Fatal Drunk Driving Incident

Foto: Koreaboo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah mengaku bersalah dan mencapai penyelesaian bersama keluarga mangsa, hukuman Yesong akhirnya dikurangkan kepada lapan tahun.

“Saya merancang untuk melepaskan kerjaya dan impian saya,” ujar DJ Yesong pada perbicaraan pertama.

Pendakwa raya pada mulanya mencadangkan hukuman panjang , iaitu 15 tahun, menegaskan bahawa Yesong tidak menunjukkan sembarang rasa kesal.

Peguam penyanyi berusia 24 tahun itu memaklumkan bahawa anak guamnya itu mengakui tuduhan tersebut kerana ketagihan alkohol tetapi tetap berhujah bahawa sebahagian tanggungjawab harus dipikul oleh mangsa.

Pada 10 Disember lalu, Mahkamah Agung Korea Selatan mengesahkan hukuman tersebut mengikut undang-undang jenayah berat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
 “Jika mangsa pergi ke jalan kedua, kemalangan itu mungkin tidak berlaku,” ujar  pihak peguam DJ berkenaan.

Foto: Koreaboo

Dikhabarkan Yesong memfailkan rayuan sekali lagi, namun mahkamah menolak sekerasnya.

Sumber: Koreaboo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd