Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dendam Main Mercun Deepavali Disyaki Jadi Punca Pemuda Dibunuh Kejam

Penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh kejam sebelum ditemui dengan 18 kesan tikaman dalam semak berhampiran kebun kelapa sawit di Kemuning, Alor Gajah, pada Sabtu lalu mungkin disebabkan dendam.\

Pemuda Dibunuh Kejam, mayat dibakar

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah memaklumkan  satu operasi khas ‘Op Kejam’ dijalankan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah susulan daripada penemuan mayat mangsa iaitu R Darvnrajh, 24.

Setakat ini enam lelaki berusia antara 18 hingga 26 tahun yang juga rakan mangsa ditahan di Tampin, Negeri Sembilan minggu lalu.

“Siasatan dijalankan mendapati punca mangsa dibunuh kerana rasa tidak puas hati membabitkan dendam lama, iaitu kejadian ketika sambutan Deepavali tahun lepas.
Dikatakan suspek yang ada membawa mercun dengan menggunakan motosikal ke taman perumahan berhampiran kediaman mangsa. Keluarga mangsa ada menegur dan membuat laporan polis menyebabkan suspek ditangkap,” katanya.

dibunuh kejam

Enam suspek dipercayai rakan mangsa ditahan

Menerusi siasatan yang dijalankan, Zainol memaklumkan yang kesemua suspek telah menaiki sebuah kereta untuk minum arak di Taman Indah dan mabuk sekitar jam 10.30 malam pada 9 September lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perjalanan balik, mereka telah terserempak dengan mangsa di Taman Mutiara dan menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dipukul sekitar jam 5.30 pagi.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Kemuning, sebelum suspek menikam dan menetaknya menggunakan parang panjang.

“Semua suspek kini direman sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

dibunuh kejam

Terdahulu, satu mayat telah ditemui terbakar di dalam semak dengan 18 kesan tikaman dan lebih lima tulang patah serta retak di dalam semak di Ladang Gadek, Kemuning, Alor Gajah.

Ahli keluarga juga percaya bahawa mayat tersebut adalah mangsa dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) juga mengesahkan perkara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, mangsa telah dilaporkan hilang sejak 10 September lalu.

Sumber: Berita Harian (Nuraliawati Sabri)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd