Pengendali Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul, mengakui kad merah yang diterima Kim Ju Sung memberi kesan besar terhadap strategi pasukannya ketika tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama pusingan 16 Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Antara ounca Sanfrecce Hiroshima tewas kepada JDT

Foto: JOHOR Southern Tigers
Menurut laporan BH Online, walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selama 65 minit, Gaul memuji semangat yang ditunjukkan barisan pemainnya.
“Bermain dengan kekurangan seorang pemain ketika berdepan lawan yang dibarisi ramai pemain berkualiti bukan tugas mudah.
“Pemain berdepan dengan pelbagai isu sebelum perlawanan seperti tempoh perjalanan yang panjang, cuaca panas dan kering serta tidak mendapat tidur yang berkualiti apabila dikejutkan dengan dentuman bunga api di luar hotel.
“Ia menyebabkan perlawanan ini sukar buat kami. Bagaimanapun, pemain telah melakukan tugas dengan baik malah hampir menjaringkan gol kedua perlawanan, saya bangga dengan apa mereka pamerkan,” katanya.
Dalam perlawanan itu, gol JDT dijaringkan oleh Ager Aketxe, Bergson Da Silva, dan Marcos Guilherme, manakala Sanfrecce Hiroshima berjaya merapatkan defisit melalui jaringan sendiri Rui Felipi pada penghujung perlawanan.
Artikel lain: Juara Piala FA: Tiga Pemain JDT Digantung FIFA Turut Raikan Kejayaan Harimau Selatan

Foto: JOHOR Southern Tigers
Gaul optimis peluang pasukannya untuk mara ke suku akhir masih terbuka, memandangkan defisit gol berjaya dikurangkan.
“Segalanya boleh terjadi dalam bola sepak, tiga gol juga boleh terhasil dengan mudah dan mengubah segalanya. Jadi, penting buat pasukan untuk kekal positif pada aksi timbal balik nanti.
“Pada aksi itu, adalah penting buat kami untuk mendapat gol pembukaan pada awal permainan sekali gus memberi tekanan kepada JDT,” ujarnya.
Sumber: BH Online (Rizar Mohd Noor)







































