Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Delegasi Malaysia Dedah Ada Aktivis Wanita Diarah Buka Hijab, Minum Air Dari Tandas

Pengalaman ngeri diculik tentera Israel masih segar di ingatan para delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Delegasi Malaysia kongsi kekejaman tentera Zionis

Apa yang sepatutnya menjadi misi kemanusiaan bertukar menjadi detik hitam apabila mereka diperlakukan dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Salah seorang peserta, Hazwani Helmi menggambarkan layanan tentera Israel terhadap mereka sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal manusia sewaktu ditemubual Al-Jazeera.

“Mereka layan kami seperti binatang malah mereka turut membuang ubat-ubatan kami,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Istanbul sebaik dibebaskan daripada tahanan.

Delegasi Malaysia kongsi keadaan Gereta Thunberg

Hazwani yang menyertai misi bersama kakaknya, Heliza Helmi, turut mendedahkan bahawa mereka tidak diberi makanan dan minuman bersih sepanjang ditahan.

Malah, aktivis alam sekitar terkenal Greta Thunberg turut menjadi mangsa kekasaran tentera Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia (pengalaman diculik tentera Israel) ibarat satu bencana besar, mereka bukan sahaja tidak memberikan kami makanan dan minuman bersih malah mereka turut mengheret Greta (Thurnberg) serta meletakkan bendera Israel ke mukanya.
Saya rasa dunia perlu tahu betapa kejamnya Israel,” jelas Hazwani.

Tiada hati perut

Kenyataan itu turut disokong oleh peserta dari Amerika Syarikat, Windfield Bifr, yang menyaksikan sendiri kekasaran terhadap Greta.

“Saya duduk tidak jauh dari Greta, saya lihat sendiri mereka mengheret dan menolak beliau dengan kasar, menarik beliau masuk ke sebuah bilik. Mereka menggunakan Greta untuk menakut-nakutkan kami.
“Ini hanya sebahagian kecil daripada apa yang dirasai oleh rakyat Palestin,” katanya.

Ada yang diarah buka hijab

Lebih menyedihkan, seorang lagi delegasi Malaysia, Iylia Balqis, mendedahkan tentera Israel turut menjatuhkan maruah wanita Islam dengan memaksa mereka membuka hijab.

“Mereka minta kami menyalin pakaian sebelum meletakkan kami di dalam sangkar di bawah matahari terik.
“Mereka juga tidak menghormati kami sebagai hijabi, ada sesetengah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab. Kami hanya minum air paip di dalam tandas,” katanya lagi.

delegasi malaysia

Konvoi GSF yang disertai lebih 400 aktivis dari seluruh dunia itu berlayar sejak bulan lalu dengan tujuan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Namun, hasrat mereka tidak kesampaian apabila kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa dan semua peserta diculik oleh tentera Israel.

Artikel lain: Hak Sukarelawan GSF Dicabuli! Dipaksa Melutut, Tangan Bergari Lima Jam – ADALAH

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka kemudiannya ditahan di Penjara Negev, salah satu pusat tahanan paling buruk di Israel yang turut menempatkan ribuan rakyat Palestin.

Selepas beberapa hari menanggung derita dalam tahanan, akhirnya 137 aktivis dari 13 negara, termasuk 23 delegasi Malaysia dan 36 rakyat Turkiye, dibebaskan dan diterbangkan ke Istanbul semalam.

Kisah ini membuka mata dunia tentang betapa zalimnya rejim Israel — bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, malah terhadap aktivis antarabangsa yang datang membawa mesej keamanan dan kemanusiaan.

Sumber: TikTok aljazeera

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd