Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cuepacs Ingatkan Penjawat Awam: Jangan Sertai Majlis Ada Minuman Alkohol

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Penjawat awam dinasihat elak jemputan hidang alkohol

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat menyatakan larangan itu selaras dengan nilai profesionalisme serta tatakelakuan yang digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Cuepacs menasihatkan supaya mana-mana penjawat awam yang menerima jemputan menghadiri majlis makan malam, jamuan rasmi atau tidak rasmi yang disyaki melibatkan hidangan minuman beralkohol segera mendapatkan pengesahan daripada pihak penganjur.
“Jika terdapat keraguan atau maklumat bahawa majlis tersebut melibatkan minuman arak, penjawat awam hendaklah menolak jemputan tersebut serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa atau ketua jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

penjawat awam

Penjawat awam perlu lebih berhati-hati

Kenyataan itu susulan dakwaan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang mendakwa terdapat minuman beralkohol dihidangkan dalam majlis Global Travel Meet 2025, hingga menyebabkan tetamu beragama Islam meninggalkan acara berkenaan.

Mengulas lanjut, Adnan turut mengingatkan pihak swasta agar lebih peka terhadap sensitiviti budaya dan agama, terutamanya dalam majlis yang turut melibatkan penjawat awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Ujarnya, Malaysia sebagai negara majmuk perlu mengekalkan nilai kesopanan dan menghormati kepercayaan semua agama.
“Cuepacs berpandangan bahawa langkah ini penting bagi memastikan setiap bentuk majlis rasmi atau tidak rasmi tidak menyinggung mana-mana pihak dan selari dengan nilai moral serta budaya masyarakat Malaysia.
“Kongres juga menyeru agar semua jabatan dan agensi kerajaan lebih berhati-hati dalam memilih acara atau program yang disertai bagi mengelakkan timbulnya persepsi tidak baik terhadap penjawat awam serta memastikan imej perkhidmatan awam kekal dihormati rakyat,” jelasnya.

Artikel lain: Tular Video Kenari Pandu Melulu, Pemandu Ditahan Positif Bahan Terlarang

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, telah menjelaskan majlis yang dihadiri dan menghidangkan alkohol tersebut merupakan inisiatif pihak swasta dan pemain industri.

Sumber: Sinar Harian (Nurul Huda Husain)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Lokal

Nurul Aina Solehah Zainuddin, 12, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukan penghalang apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Lokal

Empat suspek yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7, Shah Alam mempunyai rekod jenayah dan dadah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd