Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bella Hadid Tetap Pendirian, Sokong Palestin Meski Terima Ratusan Ugutan Bunuh

Bella Hadid

Model terkemuka Amerika yang berasal dari Palestin, Bella Hadid tetap pendirian sokong Palestin meski dirinya menerima ratusan ugutan membunuh.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Instagram, pendirian tersebut didedahkan mengenai konflik Israel-Palestin sejak militan Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Sokong Palestin, Bella Hadid terima ugutan bunuh

Bella yang juga adik kepada model terkemuka Gigi Hadid mendedahkan seluruh ahli keluarganya berdepan dengan situasi tegang selepas menerima ratusan ugutan bunuh.

Ujarnya, sepanjang dua minggu berlakunya konflik Israel-Palestin, dia berdiam diri mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaannya setelah melihat ribuan nyawa terkorban.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada setiap hari, saya menerima ratusan ugutan bunuh, nombor telefon peribadi dibocorkan dan keluarga saya turut terancam.
“Saya tidak boleh berdiam diri. Ketakutan bukanlah satu pilihan. Penduduk Palestin, terutama di Gaza termasuk kanak-kanak tidak boleh melihat kita berdiam. Bukan kita yang berani tapi mereka,”tulisnya.

Bella Hadid

Artikel lain: Bella Hadid Sokong Palestin Meski Hilang Kerja – “Saya Tak Takut”

Kutuk penjenayah, tuntut keadilan

Menerusi kenyataan tersebut lagi, Bella tegas memberitahu dunia dia menentang kekerasan dan kekejaman yang berlaku dan menuntut keharmonian serta sifat manusiawi.

“Saya berduka setiap hari melihat apa yang terjadi. Saya trauma dengan apa yang berlaku terhadap Gaza. Tapi, saya juga berduka dengan banyak kematian akibat daripada Israel.
“Saya mengutuk sikap penjenayah. Saya mahukan keharmonian dunia kerana kita berhak menikmati kehidupan yang baik dan selamat,”ujarnya lagi.

Bella Hadid

Tegasnya, semua pihak terutama kerajaan bersama pemimpin dunia perlu bersatu hati dalam menghentikan konflik yang telah berlaku sejak bertahun lamanya.

Dedah Bella, bapanya yang dilahirkan di Nazareth, Palestin pada 1948 dihalau keluar dan tidak lagi dibenarkan masuk ke tanah air sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, keluarganya menjadi saksi pertumpahan dan perjuangan rakyat Palestin menuntut keadilan dan hak mereka sepanjang 75 tahun.

“Sembilan hari selepas datuk dilahirkan, dalam pangkuan ibunya (nenek), dia bersama keluarga diusir keluar dari Palestin,”ceritanya.

Bella Hadid

Tegasnya, dia tetap dengan pendirian dengan sifat kemanusiaan agar keamanan dan keselamatan bersama.

Sumber: Instagram Bella Hadid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd