Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tular Bekas Penjaga Gol Hoki Kebangsaan Meracau Di Jalan, PHT Sedia Hulur Bantuan

Tular di TikTok baru-baru ini beberapa rakaman menyayat hati memaparkan seorang lelaki dipercayai bekas penjaga gol hoki kebangsaan bawah 16 tahun, Mohamad Asmawi Zaidi, meracau di jalanan tanpa alas kaki.

PHT sedia bantu bekas penjaga gol hoki kebangsaan bawah 16 tahun

Memetik laporan dari Harian Metro, Persatuan Hoki Terengganu (PHT) tampil memberi jaminan untuk membantu Asmawi yang dikatakan sedang berdepan masalah kesihatan mental.

Presidennya, Mohd Fikri Harun berkata, pihaknya amat tersentuh dan sedih dengan nasib menimpa bekas tonggak utama pasukan Sukma Terengganu itu.

“Sejujurnya kita kesal dan sedih dengan musibah yang menimpa bekas penjaga gol utama pasukan Sukma Terengganu dan skuad remaja kebangsaan itu yang dikatakan kurang siuman,” ujarnya.

 Bekas Penjaga Gol Hoki

PHT sedang usaha jejaki bekas penjaga gol hoki kebangsaan tersebut

Menurut beliau lagi, pihak pengurusan bersama penaung persatuan Ir Saiful Azmi Suhaili sedang berusaha menjejaki keberadaan Asmawi selain merancang langkah seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tindakan awal kita akan rujuk dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat untuk memulihkannya, kini kita sedang jejaki keberadaan pemain itu.”
“Pihak kami berharap pemain itu dapat menjalani proses pemulihan yang sesuai melalui agensi yang ada bagi memastikan dia kembali normal,” katanya.

Beri sokongan moral kepada Asmawi

Tambah Fikri, peranan keluarga amat penting dalam memberikan sokongan moral kepada Asmawi, namun semangat daripada bekas atlet itu sendiri juga perlu ada untuk kembali bangkit.

“Pihak keluarga juga perlu membantu dengan memberikan sokongan kepadanya dan pada masa sama pemain itu juga perlu nekad dan berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa,”jelasnya.

Artikel lain: Gaji Tertunggak Lapan Bulan, Pemain Bola Berniaga Air Balang

Asmawi sebelum ini pernah tular lima tahun lalu kerana masalah yang sama, namun dilaporkan pulih selepas menerima rawatan.

Malangnya, penyakit itu dikatakan berulang walaupun keluarganya telah berusaha sedaya upaya untuk merawatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Asmawi pernah menjadi harapan negara dalam sukan hoki, namun hari ini dia berjuang dalam medan yang berbeza. Moga usaha PHT serta sokongan semua pihak membantunya kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Sumber: Harian Metro (Malik Muhamad)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd