Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tuntut Lebih RM36 Juta, Bekas CEO Saman Yayasan Dan Bank Rakyat

Pemecatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Yayasan Bank Rakyat (YBR), Syaiful Rizal Abdul Ghani dua bulan lalu dilihat bertambah serius apabila perkara itu mula dibawa ke muka pengadilan.

Bekas CEO saman Yayasan dan Bank Rakyat

Bekas CEO saman Yayasan dan Bank Rakyat

Foto: NasionalDaily

Memetik laporan malaysiakini, Syaiful telah memfailkan saman dengan tuntutan ganti rugi lebih RM36 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Jun lalu, bersama empat lagi plaintif yang mendakwa mereka dipecat tanpa alasan munasabah dan tidak mematuhi tatakelola pengurusan.

“Punca kuasa pelantikan saya adalah daripada Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Rakyat, tetapi perkhidmatan saya telah ditamatkan oleh jawatankuasa eksekutif yang baru ditubuhkan.
“Sedangkan menurut undang-undang, jawatankuasa tersebut tidak mempunyai kuasa untuk mengambil alih peranan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Rakyat.
“Tindakan yang dikenakan bukan sahaja menjejaskan reputasi profesional, malah mencemarkan integriti institusi seandainya dapat dibuktikan bahawa pihak Bank Rakyat mempunyai motif untuk berkonspirasi dalam pemecatan,” kata Syaiful di ibu negara pada Isnin lalu.

Menurut writ saman, plaintif juga mendakwa wujud konspirasi tort untuk mencederakan mereka (tort of conspiracy to injure) namun dakwaan itu tidak dihuraikan.

Justeru itu, mereka menuntut mahkamah agar mengisytiharkan penamatan kontrak itu adalah tidak sah dan turut memohon pelbagai jenis ganti rugi.

Bekas CEO saman Yayasan dan Bank Rakyat

Difahamkan, Syaiful Rizal sebagai plaintif utama menuntut lebih RM4 juta daripada Yayasan Bank Rakyat dan Bank Rakyat, iaitu gaji menyamai tiga tahun bekerja berjumlah RM1.3 juta, elaun perubatan RM1.44 juta serta bonus tiga tahun sebanyak RM1 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mukhti pula menuntut jumlah paling besar iaitu lebih RM15 juta, termasuk gaji hingga persaraan bernilai RM9.4 juta, bonus tahunan RM5 juta serta cuti tahunan tidak digunakan sebanyak RM895,000.

Manakala, Ghazali pula meminta ganti rugi RM3 juta, bonus tahunan untuk 10 tahun RM1.5 juta, elaun bulanan RM285,000 dan cuti tidak digunakan sebanyak RM248,000.

Seterusnya, Khairul Na’im juga memohon  lebih RM9 juta. Tuntutan dibuat mengikut gaji sehingga persaraan dalam tempoh 22 tahun bernilai RM6.7 juta, bonus RM1.9 juta dan cuti tidak digunakan RM638,000.

Plaintif terakhir, Muhamad Johary pula menuntut lebih RM3 juta,  meliputi gaji RM2 juta, bonus prestasi RM983,000 dan elaun bulanan sebanyak RM206,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Prestasi Kewangan Memberangsangkan, Bank Rakyat Umum Dividen 15%

Terdahulu, Syaiful telah membuat laporan polis pada 18 April dengan mendakwa laporan akhir audit yang diterimanya mempunyai unsur jahat dan mengelirukan.

Difahamkan, laporan itu turut didakwa tidak konsisten dengan exit meeting iaitu mesyuarat terakhir sebelum meninggalkan yayasan yang dilakukan pada 24 Mac kerana semua persoalan audit dijawab tanpa bantahan.

Sumber: malaysiakini (Ammar Izzudin Zainudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd