Seorang anak meluahkan rasa sebak melihat pengorbanan bapanya yang sanggup bekorban memberikan yang terbaik demi melihat kehidupan anaknya yang lebih selesa.
Baiki pendingin hawa
Menerusi hantaran di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Tirah Azman meluahkan rasa terharu apabila berkongsi sebuah video memperlihatkan bapanya sedang memasang penyaman udara di rumah sewa baharunya.
@tirahazmannn Im once met someone who looked down on my aboh dan kami gaduh teruk because I know who my aboh truly is. He’s been my hero since I was little. The one who will help me in any way he can. I get sensitive when someone downgrade him, because they don’t know how big his heart is. Maturing is realising your dad is the only man who will love you more than anything, who will sacrifice everything for you. Aboh yang dok pandai berkata kata, tapi sacrifices semua utk anak dia… yang diam-diam menua. He taught me what “sacrifice” really means. Ya Allah… kurniakanlah syurga buat Abohku Che Azman Mustafa aka uncle Tony😂 dan Ummiku, Rosidah Mamat dan berikanlah kebahagiaan dan kesihatan untuk mereka sepanjang hidup mereka. Aamin. 🫶🏻✨
“Abah sanggup naik bas semata-mata nak bantu anak perempuannya pasang penyaman udara di rumah sewa baharu, walaupun dia dah bersara daripada buat kerja-kerja macam ni,” kata Tirah, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Tirah memberitahu bapanya itu seorang lelaki yang baik kerana tidak pernah berkira dengan apa yang dilakukan dan sering mengutamakan keluarga dalam hidupnya.
“Saya pernah bertemu seseorang yang memandang rendah pada abah dan kami bergaduh teruk kerana saya tahu siapa abah saya sebenarnya.
“Dia ialah hero saya sejak kecil, insan yang sentiasa membantu saya dalam apa jua cara yang dia mampu. Saya sensitif bila seseorang memperkecilkan dirinya, kerana mereka tidak tahu betapa besar hati abah.
“Kematangan ialah apabila kita sedar bahawa ayah adalah satu-satunya lelaki yang akan menyayangi kita lebih daripada apa pun dan sanggup berkorban segalanya demi kita,” ujarnya.
Sehubungan itu, dia mengakui setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapanya amat bernilai dan hanya mampu dibalas dengan doa meminta agar mereka diberikan kesejahteraan hidup.
“Abah memang tak pandai berkata-kata, tapi dia korbankan semua untuk anak dia..yang diam-diam menua. Dia mengajar saya erti sebenar pengorbanan.
“Ya Allah, kurniakanlah syurga buat abah, Che Azman Mustafa dan umi, Rosidah Mamat. Berikanlah kebahagiaan dan kesihatan untuk mereka sepanjang hidup,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Kelantan Jadi Negeri Pertama Wajibkan Anak Tanggung Nafkah Ibu Bapa
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 258,000 tontonan dan menerima lebih 37,000 tanda suka.
Sumber: TikTok tirahazmannn







































