Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

AirAsia Meterai Kontrak Perkhidmatan Sewa Khas Pesawat Bersama ATM

AirAsia meterai kontrak bersama ATM

Syarikat penerbangan AirAsia menandatangani perjanjian berkenaan kontrak perkhidmatan sewa khas termasuk penyewaan pesawat khas bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjumlah RM99.5 juta.

AirAsia meterai kontrak bersama ATM

AirAsia meterai kontrak bersama ATM

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra, memberitahu kontrak penyewaan itu meliputi sewaan harian serta pengaturan sewaan khas bagi laluan domestik di seluruh negara sehingga 1 Ogos 2027.

Dalam pada itu, kontrak ini membuktikan komitmen AirAsia dalam memperluaskan rangkaian domestiknya serta kekerapan penerbangan yang banyak sekali gus menawarkan penyelesaian pengangkutan cekap kepada ATM.

Selain itu, AirAsia juga membantu pergerakan anggota ATM menggunakan penerbangan komersial bermula Isnin hingga Jumaat bagi tujuan tugasan dan kebajikan, selaras dengan jadual penerbangan komersial sedia ada dalam memastikan kelancaran perjalanan serta mengekalkan keselesaan para penumpang.

Beliau memaklumkan, perkhidmatan sewa khas melibatkan penyewaan eksklusif turut disediakan bagi seluruh pesawat untuk anggota ATM tanpa penumpang komersial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
AirAsia meterai kontrak bersama ATM

Foto: malaysiakini

“Kami berbangga dapat memperkukuh hubungan dengan ATM yang juga salah satu rakan kongsi lama kami. Sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian domestik paling luas merangkumi 38 laluan serta kekerapan penerbangan tertinggi di Malaysia dengan lebih daripada 1,100 penerbangan mingguan, kami berada dalam kedudukan terbaik untuk menyokong keperluan mobiliti ATM.
“Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kerjasama ini memperkasa lagi komitmen kami untuk terus berkhidmat kepada negara dan menyokong inisiatif kerajaan,” kata Fareh Mazputra, hari ini.

Artikel lain: Buat Kali Ke-15, AirAsia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia

Difahamkan, kontrak itut turut termasuk perkhidmatan menyeluruh seperti penyediaan hidangan dalam penerbangan, pengendalian bagasi, dan sokongan logistik dari lapangan terbang ke kem tentera dalam usaha menambah baik keselesaan dan kesejahteraan anggota ATM sepanjang penerbangan.

Sumber: Berita Harian (Alzahrin Alias)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd