Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Abdullah Sani Ditawar Jutaan Ringgit, Minta Tinggalkan PKR

Abdullah Sani ditawar jutaan ringgit

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti tahun ini.

Abdullah Sani ditawar jutaan ringgit

Abdullah Sani ditawar jutaan ringgit

Menurut laporan Sinar Harian, Abdulah Sani mendedahkan dirinya berdepan ujian besar bukan sekadar tewas dalam pilihan raya malah pernah ditawarkan wang berjuta ringgit untuk meninggalkan parti PKR.

“Ujian terbesar saya bukan sekadar tewas pilihan raya, tetapi apabila ditawarkan wang berjuta ringgit untuk meninggalkan perjuangan parti,” kata Abdullah Sani, pada Rabu.

Beliau memberitahu prinsip dan integriti merupakan nilai yang sangat penting, perlu ada dalam diri setiap ahli politik agar tidak dikaburi dengan tawaran wang ringgit dan harta dunia.

“Saya memilih untuk kekal setia bersama PKR, parti yang memperjuangkan keadilan sosial, hak rakyat serta reformasi institusi. Kesetiaan ini bukan hanya sekadar pada nama, tetapi saya buktikan melalui tindakan sepanjang berada dalam perjuangan parti,” ujarnya.

Abdullah Sani ditawar jutaan ringgit

Dalam pada itu, ahli politik tersebut telah memutuskan untuk menawarkan diri sebagai calon MPP selepas mengambil kira beberapa pandang rakan-rakan dan pucuk pimpinan parti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya dengan rendah diri memohon sokongan daripada semua perwakilan agar diberikan ruang dan peluang untuk menganggotai MPP PKR demi membawa parti ini ke satu aras yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Lebih Baik Tengku Zafrul Sertai PKR – MB Selangor

Terdahulu, Abdullah Sani merupakan tokoh veteran dalam PKR yang lantang memperjuangkan agenda reformasi sejak awal penubuhan parti.

Untuk rekod, pemilihan PKR 2025 dijangka menjadi wadah penting bagi barisan kepimpinan baharu dalam menentukan hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Sukan

Pasukan bola sepak negara melonjak dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menduduki tempat ke-116 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd