Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ugut Harith Iskander & Keluarga, Tukang Rumah Dijatuhi Hukuman Penjara 5 Bulan

Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang rumah dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengugut untuk membunuh dan merogol anak perempuan Harith Iskander.

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Izzuddin Md Salim, 31, mengaku bersalah selepas  pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary hari ini.

Tukang rumah dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM2000

 Tukang Rumah

Foto: Buletin TV3

“Saya minta maaf,” ujar Izzuddin sambil memohon maaf di kandang tertuduh, di hadapan Harith dan bekas isterinya, Jezamine Lim, yang hadir di galeri awam mahkamah.

Susulan itu, Majistret S Mageswary memerintahkan Izzuddin untuk menjalani hukuman penjara lima bulan bermula dari tarikh tangkapan pada 24 Januari, dan jika gagal membayar denda, hukuman penjara akan dilanjutkan selama sebulan lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Izzuddin mengaku melakukan kesalahan itu dengan menghantar mesej berbaur ugutan melalui WhatsApp kepada telefon bimbit Jezamine pada 23 Januari kira-kira pukul 8.50 pagi.

Mesej yang mengandungi gambar anak perempuan Harith, Alessandra Jayne12 tahun dihantar ketika Jezamine sedang berada di sebuah restoran di Jalan Bunus 6, Kuala Lumpur.

 Tukang Rumah

Foto: Sinar Harian

Difahamkan, kesalahan yang dilakukan tertuduh ini boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau penjara sehingga tujuh tahun jika melibatkan ugutan bunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Izzuddin, yang tidak diwakili peguam, turut meminta maaf atas perbuatannya dan memohon agar denda dikurangkan kerana ini merupakan pertama kali dia melakukan kesalahan tersebut.

“Saya janji tidak akan buat lagi,” katanya.

Foto: Carian Google

Dalam sesi perbicaraan tersebut, tertuduh mengesahkan dia sengaja menghantar mesej berkenaan selepas Majistret Mageswary bertanyakan sama ada dia memahami kandungan mesej yang dihantar.

Namun, dia menjelaskan bahawa tindakannya itu hanya untuk “bermain dengan perasaan Harith” dan mengungkapkan rasa kesalnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Selepas prosiding, Harith dan Jezamine ditanya oleh media mengenai penerimaan mereka terhadap permohonan maaf Izzuddin. Harith berkata permohonan maaf tersebut hanya ditujukan kepada mahkamah.

Jezamine yang dilihat menangis meminta orang ramai untuk memahami perasaan seorang ibu yang anaknya diancam sedemikian.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Harith Iskander

Terdahulu, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) membatalkan persembahan ‘Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter‘ susulan ancaman terhadap keluarga pelawak terbabit.

Perkara itu susulan kontroversi melibatkan hantaran yang dibuat pelawak tersebut di Facebook  mengenai isu ‘Ham’  sehingga ada netizen yang meninggalkan komen menyamakan sebutan berkenaan dengan nama Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Misteri penemuan beg merah berisi mayat seorang wanita berstatus janda di Ngawi, Indonesia, Khamis lalu akhirnya terbongkar apabila suspek lelaki yang bekerja sebagai jurujual...

Lokal

Seorang pengguna akaun Facebook, Cecilia Yap Song KL hari ini mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atas komen ditinggalkan di hantaran Facebook pelawak kontroversi, Harith...

Sukan

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Masters Indonesia 2025 selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di Istora...

Dunia

Susulan kes kemalangan menimpa lapan penuntut Malaysia di Mesir pada Ahad, Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd