Video yang tular di media sosial berkaitan pelampung tiba-tiba jatuh dan menimpa pengunjung di permainan gelongsor air kaca di i-City rupanya belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk beroperasi.
Permainan gelongsor air kaca i-City tiada lesen MBSA
“Permainan ini belum dapat kelulusan beroperasi. Mereka (i-City) perlu menghantar permohonan kebenaran merancang (KM) dan permit sementara.
“Pihak i-City dikompaun kerana tidak membuat permohonan kelulusan sebelum beroperasi. Ada notis untuk henti ketika pembinaan tetapi tidak patuh, jadi MBSA keluarkan kompaun.
“Tindakan notis henti kerja dan kompaun dikeluarkan pada 14 November tahun lalu. Permainan ini akan diminta menghentikan operasi,” ujarnya.
Foto: TikTok @eykien_loffa
Menerusi video berdurasi 15 saat itu turut memaparkan pengunjung tersebut dikatakan menangis kerana terkejut dan terpaksa menahan kesakitan selepas kepalanya terkena pelampung besar.