Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tampar Kakitangan PUSPAKOM, Pemandu Lori Akan Didakwa Esok

Seorang lelaki pemandu lori akan didakwa di Mahkamah Johor Bahru esok atas tuduhan menampar seorang kakitangan  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Johor Bahru susulan tular video kejadian tersebut baru-baru ini.

Pemandu lori tampar kakitangan PUSPAKOM bakal didakwa esok

kakitangan PUSPAKOM

Foto: media sosial

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada November tahun lalu sebelum video kejadian tular di media sosial pada 16 Januari lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat Pendakwa Raya pada 20 Januari dan telah mendapat arahan bagi mendakwa suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di bawah Seksyen 323 kanun keseksaan suspek yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima satu tahun atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel lain: Polis Sahkan Insiden Tampar Kakitangan PUSPAKOM Adalah Kejadian November Lalu

Terdahulu, video tular menunjukkan mangsa berumur 38 tahun ditampar oleh suspek berumur 59 tahun akibat tidak berpuas hati dipercayai apabila lorinya gagal dalam pemeriksaan PUSPAKOM.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama...

Dunia

Tidak sampai 24 jam ditutup, TikTok kembali beroperasi di Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan beliau akan menghidupkan semula aplikasi tersebut...

Sosial

Tular di media sosial seorang wanita di Jakarta, Indonesia putus hubungan saudara dengan adik beradik kerana kecewa dengan sikap lepas tangan dalam menjaga bapa...

Dunia

Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump bertindak pantas dengan tandatangan beberapa perintah eksekutif di hadapan orang ramai selepas beliau mengambil alih tampuk kepimpinan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd