Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Radzi Jidin mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai tol percuma musim perayaan.
Foto: Kosmo! Online
Menurut laporan Sinar Harian, Radzi mendakwa Alexander sebelum ini menyatakan Kabinet memutuskan tiada tol percuma dari tahun 2020 hingga 2025.
Foto: Kosmo! Online
Manakala beliau mendakwa Ahmad Zahid pula mengesahkan Kabinet telah berbincang dan memutuskan tol percuma tidak menyelesaikan masalah kesesakan.
Artikel lain: Bukan Saya Mansuh UPSR, PT3 Tetapi Putrajaya (Radzi Jidin) – Fadhlina
“Kenyataan ini telah menimbulkan reaksi yang cukup negatif daripada rakyat Malaysia. Apakah akan ada watak seorang hero datang menyelamatkan keadaan? Kita tunggu.
“Sejak semalam, kita dihidangkan dengan beberapa babak berkaitan dengan tol di musim perayaan. Hari ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membuat kenyataan keputusan menghentikan tol percuma itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini,” katanya menerusi video di laman sosial pada Rabu.
Foto: Utusan Malaysia
Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pengumuman Alexander berpandukan keputusan dasar sebelum ini, namun kerajaan terbuka menerima pelbagai pandangan.
Radzi berkata kenyataan Fahmi mungkin disebabkan reaksi rakyat terhadap pengumuman Ahmad Zahid dan Alexander.
“Apakah mungkin setelah melihat reaksi daripada rakyat, maka Fahmi membuat kenyataan yang mana menyatakan Kabinet akan membincangkan dalam mesyuarat pada Jumaat ini.
“Sahabat semua agaknyalah apakah yang akan berlaku dalam babak keempat? Apakah akan ada watak seorang hero datang menyelamatkan keadaan? Kita tunggu,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian (Siti Noor Faezah Muda)