Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi atau KUSKOP sasar tiga objektif utama melalui Perancangan Strategik KUSKOP 2025 dengan tema ‘Transformasi Melonjak Prestasi’.
Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick berkata salah satu objektif tersebut adalah menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menyokong pemecutan pertumbuhan dan kestabilan sektor keusahawan negara.
KUSKOP sasar tiga objektif utama, bantu usahawan giatkan perniagaan
Foto: Utusan
“Selain itu, KUSKOP juga menyasarkan untuk mempertingkat skala dan daya saing usahawan dan koperasi serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan keusahawanan supaya lebih fasilitatif dan efektif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Amanat KUSKOP Tahun 2025 di Dewan Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau menjealskan bagi merealisasikan objektif yang disasarkan, KUSKOP telah merangka 21 strategi, lima pemboleh daya dan 196 program/ aktiviti termasuk 20 program perdana serta enam KPI di bawah perancangan itu.
Perkasa usahawan, KUSKOP sasar tiga objektif utama
Foto: Berita RTM
“Ia merangkumi aspek penggubalan dasar, tadbir urus dan kawal selia, pembangunan kapasiti, akses pembiayaan, akses pasaran, adaptasi teknologi dan pengukuhan penyampaian perkhidmatan.
“Pelaksanaan kesemua program dan projek yang dirancang akan memanfaatkan 508,498 usahawan dan bakal usahawan koperasi,” ujarnya.
Artikel lain: Kumpul Pemain Industri, PIFF 2025 Buka Ruang Teroka Potensi Francais Kopi Dan Kafe
Susulan itu, beliau berharap agar warga Kementerian dan Agensi dapat memberikan komitmen padu agar dapat terus membantu usahawan menggiatkan lagi aktiviti perniagaan mereka.
Foto: Kosmo! Online