Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Titah Adendum: Jabatan Peguam Negara Fail Larangan Bersuara

Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengeluarkan perintah larangan bersuara atau ‘gag order’ dalam isu kes titah adendum lewat petang semalam melalui e-filing.

Difahamkan bahawa Titah Adendum tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

AGC fail larangan bersuara kes Titah Adendum

larangan bersuara

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, ia membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, berhubung kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Bahagian Sivil AGC, Shamsul Bolhassan.

Manakala peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee juga mengesahkan perkara yang sama bahawa permohonan AGC telah difailkan.

Semasa prosiding berlangsung di hadapan Hakim Hayatul Akmar Abdul Aziz, mahkamah telah menetapkan pengurusan kes semakan kehakiman secara dalam talian pada 11 Mac depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh, menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berkaitan kewujudan Titah Adendum, pada 3 Julai 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

larangan bersuara

Foto: Berita Harian

Keputusan tersebut dibuat selepas mendapati bahawa semua afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan, termasuk kenyataan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, tidak boleh diterima kerana ia bersifat khabar angin.

Sebelum ini, Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang didakwa telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Najib juga sebelum ini memohon perintah mandamus untuk memaksa tujuh pihak sebagai responden menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum yang bertarikh 29 Januari tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes Titah Adendum

Foto: Kosmo! Online

Artikel lain: Titah Adendum: Kertas Siasatan Kenyataan KJ Didakwa Berunsur Fitnah Sedang Dilengkapkan

Bukan itu sahaja, Najib turut dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kedudukan, dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, pada 23 Ogos 2022.

Walau bagaimanapun, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman tersebut kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta, pada 2 Februari tahun lalu yang menyebabkan Najib akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Pendakwah dan penulis buku terkenal, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim meninggal dunia pada jam 7.19 malam Selasa. Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham yang juga...

Spotlight

Dunia seni Hollywood dikejutkan dengan kematian pelakon veteran Dalyce Curry yang maut dalam kebakaran dahsyat dikenali sebagai Eaton Fire di kediamannya di Altadena, California,...

Politik

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan Perikatan Nasional (PN) tidak menghadapi masalah untuk mencari calon perdana menteri dari kalangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd