Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia beraksi cemerlang menewaskan jaguh Denmark, Anders Antonsen untuk menempah slot ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China malam tadi.
Menurut laporan Harian Metro, menerusi perlawanan kedua Kumpulan A, walaupun terpalit dengan kontroversi baju, Zii Jia tidak termakan atau terganggu malah beraksi dengan penuh keyakinan selepas berbekal satu kemenangan ke atas pemain Taiwan semalam.
Foto: Harian Metro
Pemain di tangga kelapan dunia itu berjaya menghampakan Antonsen dengan 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit.
“Ia sentiasa perlawanan yang sukar menentang Antonsen, dia menunjukkan prestasi yang sangat baik selepas Olimpik Paris.
“Saya memang bersedia untuk menghadapi perlawanan yang dijangka sukar hari ini. Biarpun saya menang straight set tetapi intensiti dalam gelanggang cukup tinggi,” kata Zii Jia kepada BWF.
Foto: The Sun
Sementara itu, memetik laporan Buletin TV3, turut mara ke separuh akhir, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas mencatatkan kemenangan kedua menewaskan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Aaron-Wooi Yik menumpaskan beregu Indonesia itu dengan 19-21, 21-14, 21-15 dalam masa 58 minit.
Sebelum itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas menundukkan beregu Taiwan.
Beregu ketujuh dunia itu berjaya menumpaskan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 15-21, 21-19, 21-13 dalam masa 52 minit sekali gus menjarakkan kemenangan kepada 3-1 dalam empat pertemuan.
Pada set pertemuan, juara Terbuka China itu tampil dengan lebih yakin dan berjaya mengatasi masalah permainan jaring untuk menang 21-13.
Foto: Edisi 9
Memetik laporan Edisi 9 pula, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas menundukkan beregu Taiwan.
Beregu ketujuh dunia itu berjaya menumpaskan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 15-21, 21-19, 21-13 dalam masa 52 minit sekali gus menjarakkan kemenangan kepada 3-1 dalam empat pertemuan.
Hari ini, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin perlu menewaskan satu lagi beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin untuk menempah slot ke separuh akhir.
Kedua-dua beregu masing-masing mencatat satu kemenangan dan sekali tewas.
Sumber: Buletin TV3, Harian Metro (Syazwan Msar), Edisi 9