Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bina Pusat Data Kedua, Google Dijangka Labur RM5 Bilion Di Elmina

Google dijangka labur antara RM4 bilion hingga Rm5 bilion untuk pembinaan Fasa 2 pusat data (DC) di Elmina Business Park (EBP).

Memetik laporan Berita Harian, penganalisis RHB Research, Loong Kok Wen berkata anggaran pelaburan itu berdasarkan kapasitinya yang mungkin mencecah sekitar 200 hingga 250 megawat (MW) mengikut saiz tanah dan jumlah nilai sewaan.

Google dijangka labur RM5 bilion di Elmina

 Google Labur RM5 Bilion Di Elmina

Foto: Berita Harian

“Di samping pelaburan RM1.5 bilion hingga RM2 bilion untuk Fasa 1 (daripada kira-kira 100 MW), Google melaburkan sejumlah RM5.5 bilion hingga RM7 bilion dalam EBP.
“Hal ini mendorong keyakinan untuk prospek pertumbuhan EBP, dan patut menarik lebih ramai syarikat pembuatan untuk menubuhkan kemudahan pengeluaran mereka di kawasan ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan pada Selasa.

Tambahnya, setakat ini EBP menerima minat yang menggalakkan daripada banyak industri sampingan dalam rantai bekalan DC seperti pembuatan menara penyejuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami menjangka EBP dan perbandaran Elmina akan terus menjadi penyumbang jualan hartanah yang besar (ketika ini merangkumi 20 hingga 25 peratus jualan hartanah tahunan Sime Darby Property Bhd) pada tahun-tahun akan datang,” ujarnya.

Sebelum ini, Sime Darby mengumumkan perjanjian bina dan sewa baharu yang ditandatangani dengan Pearl Computing Malaysia (Google) untuk sebuah lagi kemudahan DC yang akan dimajukan di tapak seluas 77 ekar di EBP.

Kemudahan kedua ini terletak berhampiran dengan DC Google yang pertama yang sedang dibina dan disasarkan akan siap pada awal tahun 2026.

 Google Labur RM5 Bilion Di Elmina

Sementara itu, selepas DC Google kedua siap pada tahun kewangan 2027, pajakan selama 20 tahun dengan nilai sehingga RM5.6 bilion akan bermula.

Pajakan ini juga membabitkan pilihan untuk memperbaharui tempog pajakan selama dua penggal tambahan dengan lima tahun setiap penggal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Kok Wen berkata, dengan mengetepikan kenaikan kadar sewaan, berdasarkan pengiraan purata ringkas, kedua-dua Fasa 1 dan 2 dapat menjana sewa pendapat sebanyak RM380 juta setahun dan menyumbang sekitar RM170 juta hingga RM180 juta kepada jumlah untung bersih Sime Darby Property.

“Angka ini melebihi 30 peratus daripada ramalan perolehan kami untuk tahun kewangan 2024, seterusnya menunjukkan perolehan Sime Darby Property mulai tahun kewangan 2027 mungkin akan mengalami peningkatan mendadak apabila kedua-dua DC mula mencatat sumbangan pada waktu yang sama,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya optimis akan pelaburan kedua Google untuk DC di EBP dengan nilai dan kapasiti lebih besar daripada pelaburan pusat data pertamanya.

“Profil pertumbuhan perolehan Sime Darby Property akan berubah mulai 2026 hingga 2027, dan perjalanan syarikat ini pada masa akan datang tampak menarik kerana kami menjangkakan adanya kemungkinan untuk sebuah dana DC ditubuhkan, dan penyenaraian syarikat amanah pelaburan hartanah (REIT) sedang dalam perancangan.
“Kami juga tidak menolak kemungkinan yang Sime Darby Property akan mengambil alih beberapa hartanah perindustrian bagi mengembangkan portfolio asetnya dengan lebih cepat,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian (Hazwan Faisal Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Kolumnis

Kita mesti sentiasa berpesan bahawa integriti bukanlah sekadar nilai tambahan. Sebaliknya tiang seri yang menentukan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara. Apa jua bentuk korupsi,...

Nasional

Tiga inisiatif baharu melalui kerjasama antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi manfaat kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri...

Lokal

Polis sahkan pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UiTM, Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi yang meninggal dunia ketika menjalani latihan pada 13 November lalu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd