Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar UiTM Dalam Perjalanan Ke Kampus Maut Dilanggar SUV

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sedang dalam perjalanan ke kampus, maut apabila bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di jalan Jasin-Merlimau, Jasin pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian dianggarkan berlaku sekitar 8.30 pagi membabitkan mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Irfan Roslan, 20, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua polis daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX  sedang dalam perjalanan dari arah Merlimau menuju ke Jasin dipercayai telah terbabas dan masuk ke arah jalan bertentangan lalu bertembung dengan SUV jenis proton X70.

Foto: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.
Mangsa yang cedera parah akibat kemalangan itu telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan. Berdasarkan pakaian yang dipakai mangsa, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke kampus,” katanya.

Mayat penuntut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. manakala pemandu SUV yang juga kontraktor berusia 39, dilaporkan selamat.

Ahmad Jamil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tangkapan serta permohonan reman telah dilakukan terhadap pemandu SUV tersebut.

Sumber: Kosmo! (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nur Kasih

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Nasional

Tiga inisiatif baharu melalui kerjasama antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi manfaat kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah berkenan menjadikan Johor sebagai tuan rumah acara sukan bola sepak dalam Sukan SEA 2027, lapor Buletin TV3....

Nasional

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menampung kekurangan bekalan beras akibat banjir menerusi penurunan harga beras import yang berkuat kuasa mulai semalam. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd