Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Bakal Henti Subsidi Kepada Golongan Kaya Termasuk Dalam Pendidikan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kerajaan bakal henti subsidi kepada golongan kaya, termasuklah dalam pendidikan.

Memetik laporan The Star, Anwar berkata Kerajaan mahu memastikan subsidi akan diberikan kepada yang benar-benar memerlukan.

Kerajaan bakal henti subsidi golongan kaya?

Henti Subsidi Golongan Kaya

Foto: The Star

“Kerajaan akan memastikan peruntukan diagihkan dengan wajar dan ketirisan dapat dihapuskan. Kerajaan juga ingin menghentikan subsidi yang dinikmati oleh anak-anak dari keluarga kaya yang menghadiri sekolah-sekolah menengah sains.
“Perkara ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan bulan depan. Kita mesti benar-benar adil kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan rentan contohnya kanak-kanak dengan autisme,” katanya.

Artikel lain: Jadi Pelajar Termuda Di UM, KPT Doakan Kecemerlangan Izz Imil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa pelancaran Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata walaupun langkah itu tidak popular, namun ia perlu dilakukan untuk membantu negara.

Henti Subsidi Golongan Kaya

Beliau turut menegaskan kerajaan harus menghentikan pemberian subsidi kepada golongan ultrakaya dan warga asing, dan menggunakan wang itu untuk membantu rakyat serta mereka yang memerlukan.

“Warga asing tidak membayar cukai dan apa yang mereka perolehi akan dihantar pulang ke negara asal mereka. Tetapi kita masih memberi mereka subsidi, termasuk subsidi elektrik selama bertahun-tahun.
“Jadi kita kena lihat isu itu secara menyeluruh. Bagaimana kita henda mendapat pendapatan dan pada masa yang sama bagaimana kita mengagihkannya,” ujarnya.

Sekadar info, Bajet 2025 yang ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Star (Rahimy Rahim)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Dunia

46 individu termasuk 37 kanak-kanak maut akibat lemas ketika melakukan upacara mandi ritual semasa satu perayaan Jivitputerka di beberapa daerah di Bihar, Timur India...

Uncategorized

Terdapat seorang ahli GISB Holdings Sdn Bhd yang mempunyai empat isteri dan 34 orang anak tetapi hanya mengenali dua daripadanya, dedah Ketua Polis Negara,...

Politik

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok menegaskan dia tidak akan kongsi pentas ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota di Johor dengan Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd