Mufti menjelaskan hukum membaca al-Quran di rumah ibadah bukan Islam rentetan isu tular tindakan seorang pelancong asing yang mengalunkan potongan ayat surah Al-Anbiya’ ayat 66 dan 67 di hadapan kuil Hindu Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menyatakan bahawa tiada larangan tegas dalam dalil yang menghalang bacaan al-Quran di rumah ibadat bukan Islam kerana ia bergantung kepada tujuan dikehendaki.
Foto: Mywilayah.com
Wan Salim berkata, sekiranya tujuan tersebut untuk mengajak penganut agama lain supaya memeluk Islam serta memperlihatkan keindahan ajarannya kepada mereka, maka ia digalakkan dan hukumnya adalah harus.
“Jika tujuannya untuk mendakwah penganut agama lain agar memeluk agama Islam atau untuk mengapresiasi keindahan segala ajarannya, maka ia diharuskan malah perlu digalakkan.
“Bagaimanapun, lebih elok jika diadakan di tempat lain seperti di dewan kuil untuk mengelak salah faham orang ramai atau tohmahan serta fitnah yang akan menyusahkan pihak berkaitan,” katanya pada Ahad.
Tambahnya lagi, membaca al-Quran tanpa menyentuh mushaf (lambaran al-Quran) adalah diharuskan bagi orang bukan beragama Islam malah digalakkan untuk memberi terjemahannya jika mereka ingin mengetahui isi kandungannya.
Dalam pada itu, Wan Salim mendoakan agar mereka memperolehi hidayah daripada Allah SWT sekali gus dengan Izin-Nya dapat menerima Islam sebagai anutan.
Foto: Tv Pertiwi
“Malah dicadangkan agar orang bukan Islam diberi terjemahan al-Quran jika mereka ingin mengetahui isi kandungannya.
“Semoga mereka mendapat hidayah daripada Allah SWT dan menerima Islam sebagai anutan dengan izinNYA,” ujarnya.
https://www.tiktok.com/@abdeentube/video/7372782426608651525?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7344041744210167298