Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tangani Isu Kesesakan LTAK, Sarawak Bakal Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu

Sarawak bakal bina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, Sarawak bagi menyokong industri penerbangan yang kian berkembang di negeri itu.

Memetik laporan Free Malaysia Today, industri penerbangan di negeri itu diharapkan semakin berkembang dan seterusnya menjadi hab penerbangan serantau dengan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu ini.

Foto: New Straits Time

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Jihari Abang Openg berkata lapangan terbang antarabangsa baharu itu bakal menangani isu kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, keadaan LTAK yang semakin sesak menyebabkan kemudahan sedia ada tidak mampu menampung keperluan penumpang yang semakin bertambah.

Dalam pada itu, pembinaan lapangan terbang baharu ini juga selaras dengan hasrat kerajaan Sarawak untuk menjadikan Kuching sebagai hab penerbangan serantau.

Artikel lain: Selagi Ada Nama Dalam SSM, PBT Tidak Halang Warga Asing Berniaga Di Johor

“Trafik udara di Kuching sekarang semakin bertambah dan bangunan terminal sedia ada tidak mempunyai kemudahan mencukupi untuk menampung pertambahan penumpang.

Sarawak bakal bina lapangan terbang antarabangsa baharu

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebab itu, sudah sampai masanya kita membangunkan lapangan terbang baharu, tambahan pula kita menetapkan matlamat menjadikan Kuching sebagai hab penerbangan bukan sahaja untuk penumpang tetapi juga untuk hab kargo kerana kita juga sudah ada hab pelabuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari turut memaklumkan lokasi bagi pembinaan lapangan terbang itu sudah dikenalpasti dan beliau akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Abang Johari juga akan mengadakan perbincangan dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sama ada pihak terbabit mahu menjadi rakan kongsi membangunkan projek berkenaan.

Sumber: Free Malaysia Today 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS yang didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd