Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disambut Keluarga, Nurul Ain & Suami Selamat Tiba Di Malaysia

Rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza, Nurul Ain Haron telah selamat tiba di tanah air bersama suaminya yang juga merupakan rakyat Palestin malam tadi telah mengundang kegembiraan ramai.

Menurut laporan Berita Harian, Nurul Ain telah disambut oleh keluarganya sebaik sahaja keluar dari bilik kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Nurul Ain selamat tiba di Malaysia

Artikel lain: ‘Pilot’ Peluk Penumpang Palestin Buat Netizen Sebak – “Kami Minta Maaf”

Difahamkan, pasangan suami isteri itu telah selamat tiba di Malaysia pada jam 8. 55 malam dengan menaiki syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dari Kaherah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nurul Ain memaklumkan pada awalnya dia enggan untuk pulang ke Malaysia memandangkan keluarga mentuanya masih berada di sana namun, situasi menjadi semakin teruk.

“Alhamdulillah. Sebenarnya saya dan suami pada mulanya tidak mahu keluar kerana keluarga mentua masih di sana tetapi keadaan menjadi semakin teruk.
“Kejadian itu sangat luar biasa berbanding yang berlaku pada 2014, jadi saya dengan suami buat keputusan untuk pulang supaya suami dapat terus bekerja dan menyara keluarganya.
“Jadi kami berterima kasih kepada semua terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, duta di Kaherah, Wisma Putra dan Kementerian Luar Negeri (KLN),” katanya.

Pada 12 November lalu, Nurul Ain dan suami berjaya keluar dari kawasan konflik menerusi Lintasan Sempadan Rafah pada jam 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Sebaik sahaja tiba di lokasi tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menghubungi Nurul Ain melalui panggulan video untuk bertanya khabar.

Dalam pada itu, Nurul Ain mengakui ada masanya dia mempunyai perasaan berputus asa berada di Gaza apatah lagi lapan ahli keluarga mentuanya menjadi mangsa korban peperangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, keadaan terus menjadi teruk apabila bekalan air bersih, makanan serta keperluan lain sukar didapati membuatkan Nurul Ain membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Sumber: Berita Harian (Noor Atiqah Sulaiman)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd