Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Menteri Indonesia Nafi Kebakaran Hutan & Tanah Penyebab Jerebu Di Malaysia

Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar menafikan dakwaan jerebu yang berlaku di Malaysia berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di republik tersebut.

Menurut laporan Malaysiakini, Siti Nurbaya mengeluarkan kenyataan rasmi di Jakarta yang mana dakwaan Malaysia itu adalah tidak benar.

Gambar hiasan

“Kami terus memantau keadaan semasa, dan tiada jerebu yang merentas sempadan sampai ke Malaysia,” katanya semalam.

Tambah beliau, pihaknya telah menerima imej peta jerebu rentas sempadan daripada Badan Meteorologi, Klimatologi,  dan Geofizik (BMKG) dan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) sepanjang tempoh 28 hingga 30 September, sehingga semalam pada 4 petang waktu Indonesia Barat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau melaporkan, berdasarkan pemantauan ASMC, jerebu telah dikesan sejak beberapa hari yang lalu namun ianya sederhana sahaja dan tertumpu di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan.

ASMC merupakan satu program kerjasama serantau di kalangan Perkhidmatan Meteorologi Negara (NMS) negara anggota Asena dan berada di bawah Perkhidmatan Meteorolgi Singapura.

Siti Nurbaya juga berkata, arah angin di Indonesia umumnya dari Tenggara ke Barat Laut-Timur laut maka tiada jerebu rentas sempadan yang dikesan.

“Berdasarkan data dari BMKG dan ASMC, maka jelaslah tiada jerebu dari Indonesia yang rentas sempadan,” ujarnya.

Kerajaan Indonesia masih lagi dalam usaha untuk memadamkan kebakaran hutan gambut di Sumatera Selatan, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan, dan beberapa pulau di Sumater dan Kalimantan serta beberapa di bahagian Jawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tahap kualiti udara tidak sihat telah direkodkan di 14 kawasan di Semenanjung Malaysia, menurut indeks pencemaran udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar.

Gambar hiasan

Semua kawasan di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka yang berada di bawah pemantauan merekodkan bacaan IPU melebihi 101 setakat 12 tengah hari semalam.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan. 3 ahli keluarga...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd