Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Masih Terima Rawatan Di IJN, Kesihatan Tun Dr Mahathir Semakin Pulih

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat daripada jangkitan yang dialaminya sejak bulan Januari lalu dilaporkan semakin pulih.

Menerusi satu hantaran di X miliknya, Tun Mahathir berkata keadaan kesihatannya semakin pulih berkat doa dan usaha gigih para doktor, jururawat, serta kakitangan di IJN tersebut.

Foto: FB Tun Dr Mahathir

“Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya serta Hasmah, dan kesejahteraan kami berdua,” katanya pada Isnin.

Beliau juga berharap agar dirinya akan pulih semula seperti biasa dalam masa terdekat dan dibenarkan pulang ke rumahnya semula.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setakat ini adakala saya dibenarkan pulang sekejap atau “ℎ𝑜𝑚𝑒 𝑙𝑒𝑎𝑣𝑒” oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN.
“Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya,” ujar beliau.

Foto: FB Tun Dr Mahathir

Sementara itu, Tun Mahathir dan isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali turut mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan khususnya kepada semua umat Islam.

“Selamat berpuasa. Saya berdoa semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya’Allah,” tambahnya lagi.

Tun Mahathir mengucapkan rasa syukurnya kerana dapat bertemu dan diberikan peluang lagi  untuk melakukan ibadah dan amalan di bulan istimewa bagi umat Islam.

Melalui hantaran di X milik bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu, rata-rata netizen menzahirkan ucapan salam Ramadan dan mendoakan kesihatan beliau dan isterinya agar sentiasa baik-baik saja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alhamdulillah.. Semoga cepat sembuh Tun

Ramadan Kareem Tun berdua..

Salam Ramadan Tun M & Tun Siti..

Sebelum ini, Tun Mahathir dilaporkan sedang berehat selepas mendapatkan rawatan di IJN kerana jangkitan setelah ditahan di wad pada 26 Januari.

Sumber: X @chedetofficial

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Sosial

Seorang peniaga dipercayai tiada lesen perniagaan berang apabila barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa dipercayai di Dataran Merdeka. @user62935921735153 I don’t know what’s...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd