Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Teliti Cadangan Halang Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Miliki Akaun Media Sosial

Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan untuk menghalang kanak-kanak di bawah usia 13 tahun daripada mempunyai akaun media sosial.

Menurut laporan Sinar Harian, menterinya,  Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan individu berusia 13 tahun ke atas akan diberikan modul literasi digital bagi membantu mereka memahami kepelbagaian dan kerumitan maklumat yang ada dalam dunia digital masa kini.

Kanak-kanak bawah 13 tahun

Kanak-kanak bawah 13 tahun

“Sekiranya ahli Yang Berhormat bertemu dengan mana-mana kumpulan pelajar bawah 13 tahun dan bertanya adakah mereka mempunyai akaun TikTok, ramai yang akan kata ya.
“Ini sebenarnya satu kesalahan yang diakui oleh pihak TikTok sendiri. Jadi kita sedang teliti, salah satu caranya ialah bawah 13 tahun, kita tidak membenarkan memiliki akaun media sosial,” katanya ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau memberikan maklum balas terhadap soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berhubung cadangan mewujudkan dasar khas demi kesejahteraan kanak-kanak, terutamanya melibatkan kandungan dalam talian.

Artikel lain: Tangani Lebih Berkesan, KKM Kini Dalam Usaha Haramkan Sepenuhnya Rokok Elektronik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kanak-kanak bawah 13 tahun

Dalam perkembangan sama, Fahmi memaklumkan bahawa sebanyak 1,443 kandungan jelik dan melampau berkaitan kanak-kanak telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan susulan permintaan yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, tindakan berkenaan diambil susulan pelanggaran peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta ketidakpatuhan terhadap garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh penyedia platform.

“Sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia, SKMM mengambil pendekatan menyeluruh untuk memastikan kandungan memudaratkan seperti konten anomali, toksik dan merosakkan kognitif seperti ‘brain rot’ dapat dikawal dan dicegah.
“Antara langkah-langkah kawal selia yang telah dan sedang dilaksanakan adalah sesi libat urus berterusan dengan penyedia perkhidmatan platform seperti YouTube dan TikTok bagi memastikan sistem algoritma mereka lebih telus dan selaras dengan kehendak peraturan tempatan.
“Ini termasuk keperluan untuk mengehadkan pendedahan pengguna kepada kandungan yang berunsur negatif atau memudaratkan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd