Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Israel Tambah Serangan Ke Atas Gaza Selepas PBB Tuntut Lebih Banyak Penghantaran Bantuan

Tentera Israel menegaskan mereka terus serang selepas kuasa dunia menuntut agar lebih banyak penghantaran bantuan disalurkan buat penduduk di Gaza.

Memetik laporan Harian Metro daripada AFP, Israel dilaporkan melakukan ‘serang’ an besar-besaran di beberapa bandar Gaza selepas kuasa dunia menuntut lebih banyak bantuan dibenarkan masuk ke wilayah Palestin yang dikepung.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata gencatan senjata masih diperlukan dengan alasan bantuan tidak dapat disampaikan secukupnya sebemasa bom jatuh.

“Cara Israel melakukan serangan ini mewujudkan halangan besar kepada pengagihan bantuan kemanusiaan,” katanya.

Israel serang Gaza

Artikel lain: Hospital Terakhir Gaza, Al-Ahli Musnah Dalam Serangan Israel

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegasnya, mereka akan terus melakukan serangan sehinggalah pejuang Palestin, Hamas dihapuskan dan tebusan yang masih ditahan di wilayah itu dibebaskan.

Israel juga bersumpah untuk memusnahkan Hamas dengan melancarkan pengeboman tanpa henti. Malah, melakukan pencerobohan darat ke atas Gaza, di mana lebih 20,000 orang telah terbunuh, lebih-lebih lagi wanita dan kanak-kanak.

“Israel akan meneruskan perang di Gaza,” kata Menteri Luar Eli Cohen.

Israel serang Gaza

Sementara itu, PBB membuat anggaran bahawa pertempuran tersebut telah menyebabkan hamoir 80 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal.

Dengan kawasan Gaza yang berkurangan menjadi runtuhan, ramai penduduk Gaza telah dipaksa ke tempat perlindungan atau khemah yang sesak, dan sedang bergelut untuk mencari makanan, bahan api, air dan bekalan perubatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian kesihatan yang dikawal Hamas berkata, seramai 18 orang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza, ketika sasaran lain dihalakan ke lokasi lain di wilayah berkenaan.

Dedah Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus,  majoriti penduduk Gaza  diusir dari rumah mereka kini dan hidup tanpa makanan sepanjang hari dan malam.

Sumber: Harian Metro (AFP)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd