Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pelajar UiTM, Lelaki Dari Bangladesh Jadi Pembeli Terawal Iphone 17 Di Malaysia

Apple kembali menjadi tumpuan ramai apabila mengeluarkan peranti terbaru siri iPhone 17 dan Malaysia merupakan negara terawal yang bakal membawakan peranti tersebut buat peminatnya.

Pembeli terawal iPhone 17

Memetik laporan Weirdkaya, orang ramai sudah mula mengerumuni kedai rasmi Apple di TRX bagi menjadi pembeli terawal siri iPhone berkenaan.

Pembeli terawal iPhone 17

Difahamkan, ada juga individu yang sudah mula beratur sejak pagi semalam biarpun mengetahui kedai itu dibuka bermula jam lapan pagi.

Lebih menarik, pembeli terawal yang berada di barisan paling hadapan merupakan penuntut Universiti Teknologi MARA iaitu Danial Arif bin Abdul Halim berusia 19 tahun yang telah mula beratur seawal 12 pagi semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tukar iPhone 13 Pro Max saya kepada iPhone 17 Pro Max. Bagi saya warna baharu Cosmic Orange sangatlah cantik.
“Sebagai pelanggan pertama, saya sediki gementar tetapi teruja semasa pra-tempahan. Kini, saya berasa sangat lega.
“Saya telah menjadi pengguna Apple sejak kecil dan saya mahu merasai keterujaan ini. Saya selalu melihat YouTuber seperti iJustine dan lain-lain yang beratur awal untuk mendapatkan iPhone terkini, inilah sebabnya saya mahu mencubanya,” kata Danial, hari ini.

Dalam pada itu, pembeli kedua yang berjaya mendapatkan siri terbaru iPhone itu merupakan Tushar iaitu pemuda daripada Bangladesh yang tiba di Malaysia dua hari sebelum pelancaran.

Dikatakan, pada pagi Khamis, dia menerima gelang tangan beratur (queue handband) sebelum jam 11 pagi dan pada hari pelancaran (19 September), dia datang ke kedai sebelum jam 4 pagi untuk mendapatkan tempatnya.

“Lebih daripada empat jam saya menunggu,” kata Tushar.

Artikel lain: Saiz Skrin Apple iPhone 17 Plus Dilaporkan Lebih Kecil Dari 6.7 Inci?

Untuk info, semua model kini tersedia secara dalam talian dan di kedai, dengan beberapa konfigurasi dan warna yang ditawarkan. Kebanyakan model dan warna iPhone 17 masih tersedia untuk pembelian dan pengambilan pada hari yang sama di Apple The Exchange TRX.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Weirdkaya (Yu Ang Tan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd