Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Pelajar ‘A’ Didakwa Ambil Cuti Sakit Panjang Selepas Insiden

Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa seorang pelajar, dirujuk sebagai A, yang turut didakwa terbabit dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mengambil sijil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden menimpa remaja itu pada 16 Julai lalu.

Ibu pelajar A hantar dua sijil cuti sakit

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31, berkata ibu pelajar A menghantar dua sijil cuti sakit menerusi aplikasi WhatsApp, masing-masing bagi tempoh 28 Julai hingga 4 Ogos, serta 8 hingga 18 Ogos.

zara qairina

Menurut Azhari, ibu pelajar tersebut turut memaklumkan pada 11 Ogos bahawa beliau akan hadir ke sekolah mengambil semua barangan anaknya sambil mengucapkan terima kasih kerana pihak warden menjaga pelajar itu sepanjang berada di asrama.

Saksi kelapan itu juga memberitahu, pelajar A berada di lokasi ketika Zara Qairina ditempatkan di tepi rumah warden sebelum ambulans tiba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Warden Sahkan Pelajar ‘A’ Pindah Sekolah Selepas Kejadian

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak mengetahui sama ada pelajar berkenaan benar-benar mengalami trauma seperti didakwa.

“Dia tidak menunjukkan tanda trauma. Malah ada gambar menunjukkan dia membuat isyarat peace ketika hadir ke sekolah memberi keterangan,” katanya.

Azhari turut memaklumkan ibu Zara Qairina pernah menyatakan kepadanya bahawa pelajar A merupakan rakan baik anaknya.

Malah, pelajar itu juga pernah mengikuti Zara Qairina pulang ke rumahnya di Sipitang selepas program gotong-royong PIBG pada 12 Julai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, Azhari turut memberitahu mahkamah bahawa pelajar A berpindah sekolah beberapa minggu selepas kejadian, namun alasan sebenar perpindahan tidak diketahui.

zara qairina

Prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan akan bersambung Isnin ini.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya.

Inkues dijalankan selepas Jabatan Peguam Negara meneliti laporan siasatan polis serta mengarahkan kuburnya digali semula pada 8 Ogos bagi tujuan bedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro 

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya atau Umany mohon maaf susulan cadangan awal untuk “mansuhkan” sistem matrikulasi yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak...

Sosial

Nama pempengaruh dan usahawan, Addy Kana kembali menjadi sebutan selepas majlis akikah anak bongsunya mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini. Addy Kana persoal...

Lokal

Universiti Malaya (UM) tampil menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan pelajar University of Malaya Association of New Youth (UMANY) berhubung isu sistem matrikulasi tidak...

Spotlight

Nigel Ng, atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger, dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga dengan rakan baiknya yang juga seorang peguam kelahiran Miami, Sabrina Ahmed,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd