Dua lelaki dilaporkan cedera di kepala selepas dipercayai menjadi mangsa serangan sekumpulan jurugambar haram di kawasan Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada malam Ahad.
Dua lelaki pecah kepala
Perkongsian mengenai kejadian itu dibuat oleh pempengaruh dan bekas guru, Mohd Fadli Salleh, melalui hantaran di Facebook miliknya.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila dua orang peniaga yang menjual air balang cuba meleraikan pergaduhan antara sekumpulan jurugambar haram dengan pelancong asing sebelum mereka pula diserang secara beramai-ramai oleh kumpulan terbabit.
https://www.facebook.com/share/p/1BN7kqWyxC/
“Pecah kepala member kena pukul dengan senjata, tak pasti senjata apa dekat KLCC. Geng dia ramai, berpuluh orang, masa itu dia bergaduh dengan pelancong asing sampai tahap pukul pelancong.
“Member yang jual air balang kebetulan ada situ pergi nak leraikan pergaduhan itu. Sekali geng photographer haram datang pukul beramai-ramai.
“Dua orang pecah kepala. Seorang kena tujuh jahitan dan seorang lagi dua jahitan. Pukul curi dari belakang, dia mai sapu. Balang air dia pun kena pecahkan,” tulis Mohd Fadli.
Beliau menambah, insiden tersebut adalah antara rungutan berulang mengenai kegiatan jurugambar haram di kawasan KLCC, yang dilaporkan sering mengganggu pelancong serta melakukan ugutan atau serangan fizikal.
“Isu ini sudah lama berlaku, tetapi geng ini masih beroperasi, menyebabkan pelancong memandang serong terhadap Malaysia. Harap pihak berkuasa lebih tegas,” jelasnya
Artikel lain: Warga Asing Suka Tinggal Di Malaysia, Dedah Gaji RM5,000 Sebulan
Susulan itu, laporan polis telah dibuat, dan berharap pihak berkuasa, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengambil tindakan tegas untuk membanteras aktiviti berkenaan bagi mengekalkan imej negara di mata pelancong.
“Isu photographer haram di KLCC ini sudah lama orang buat aduan dan rungutan. Kebal betul geng ini masih boleh buat kerja, siap ugut dan pukul orang lagi.
“Punca pelancong akan pandang serong pada Malaysia. Harap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis lebih tegas banteras geng ini. Rosak imej negara,” tambahnya lagi.
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh






































