Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Turunkan Pemain Tak Layak, FIFA Hukum FAM – “3 Aksi Diisytihar Kalah, Denda Lebih RM50,000”

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima hukuman terbaharu daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menurunkan pemain tidak layak dalam tiga perlawanan antarabangsa Tier 1.

FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio pada 12 Disember lalu mendapati badan induk itu melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025).

Difahamkan, FAM bersalah kerana menurunkan pemain tidak layak dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum ini.

FIFA hukum FAM

FIFA hukum FAM

Foto: Bernama

Perlawanan pertama melibatkan aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei 2025 yang berakhir seri 1-1.

Aksi kedua adalah perlawanan skuad kendalian Peter Cklamovski menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2025, yang menyaksikan Harimau Malaya menang 2-1.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala perlawanan ketiga membabitkan pertemuan Malaysia dengan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 8 September 2025, yang dimenangi Malaysia 1-0.

Artikel lain: Juara Piala FA: Tiga Pemain JDT Digantung FIFA Turut Raikan Kejayaan Harimau Selatan

FIFA hukum FAM

Foto: Sinar Harian

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan tersebut.
“Selain itu, FAM turut dikenakan hukuman denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414),” kata FAM dalam kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu, FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbang langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara tersebut.

Sumber: Facebook @Football Association of Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Lokal

Seorang lelaki yang dipercayai bertindak ganas dengan memukul dan melanggar kepala isterinya menggunakan motosikal akhirnya diberkas polis selepas video kejadian itu tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd