Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dari Sampah Jadi Rezeki! Warga Emas Kumpul RM8,000, Tampung Kos Pembedahan Mata

Berkat mengumpul sampah, seorang warga emas dikenali Jaafar Idrus, 74, berjaya mengumpul dana sehingga RM8,000 bagi menampung kos pembedahan mata kirinya melalui aktiviti kitar semula.

Menerusi program KitaRecycle di bawah SWM Environment, pesara MARDI itu aktif mengumpul bahan terbuang sejak 2021, sekali gus menebus mata ganjaran yang akhirnya memberi manfaat besar kepada dirinya.

Menurut Jaafar, dia yang sudah terbiasa bekerja sejak usia muda tidak mampu hanya duduk berehat di rumah, sebaliknya memilih untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih bermanfaat.

“Alhamdulillah, berkat mengumpul ‘sampah’ saya berjaya kumpul duit untuk tampung proses tukar kanta mata saya. Tak perlu keluarkan duit simpanan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, kira-kira dua tahun lalu, mata kirinya mula mengalami masalah katarak sehingga menyebabkan penglihatannya semakin kabur dan berisiko untuk memandu terutama pada waktu malam sebelum menjalani pembedahan pada 9 Januari lalu di Hospital Universiti Putra Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, dia hanya perlu menanggung kos kanta sebanyak RM1,300 yang dibiayai sepenuhnya menggunakan hasil tebusan mata ganjaran daripada aktiviti kitar semula tersebut.

Menceritakan lanjut, Jaafar berkata, dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti kitar semula selepas program itu diperkenalkan di kawasan kediamannya di Taman Mulia Lagenda, Nilai.

Artikel lain: Bertahun Tangguh! Pak Cik Petai Syukur, Isteri Bakal Jalani Pembedahan Mata Percuma Di Hospital Swasta

Selain mengumpul barangan terbuang dari rumah sendiri, dia juga mengambil inisiatif mengutip kotak, botol plastik dan tin yang masih bersih di sekitar kawasan perumahan serta luar, termasuk di belakang kedai dan tepi jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usahanya itu turut mendapat sokongan penduduk setempat yang memintanya mengambil bahan terbuang untuk dikitar semula, malah dia juga kerap memenangi pertandingan kitar semula di pelbagai peringkat.

Dalam pada itu, Jaafar turut menasihati orang ramai agar menanam minat untuk mengasingkan sampah serta mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian, di samping mendidik generasi muda supaya lebih mencintai alam sekitar sejak kecil.

Sumber: NST Ahmad Hasbi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd