Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Dari Kigali Ke Kuala Lumpur: Gelap Rasuah, Terang Berubah

Umum mengetahui betapa rasuah di negara ini telah menghalang kita dalam merealisasikan potensi penuh kita buat sekalian lama.

Gelap Rasuah, Terang Berubah

Sebagai contoh, skandal 1MDB yang digelarkan oleh Transparency International (TI) sebagai “salah satu skandal rasuah terbesar di dunia,” telah mencalarkan nama Malaysia di mata dunia akibat salah urus kewangan dan rasuah.

Jabatan Kehakiman AS menganggarkan sekitar $4.5 bilion (RM21.28 bilion) telah diselewengkan dari 1MDB.

Kendatipun begitu, kesan rasuah tidak hanya terhad kepada implikasi kewangan semata-mata. Malahan, rasuah juga mampu merosakkan fabrik sosial negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai contoh, Indeks Persepsi Rasuah 2023 oleh TI meletakkan Malaysia di tempat ke-57 dari 180 negara, mencerminkan tahap persepsi rasuah di sektor awam yang berada di tahap sederhana dengan markah sebanyak 50%.

Tinjauan oleh TI juga mendedahkan bahawa 71% rakyat Malaysia menganggap rasuah dalam kerajaan sebagai isu yang mustahak. Makna kata, 7 dari setiap 10 rakyat Malaysia percaya bahawa rasuah adalah masalah yang kritikal di negara ini.

Selain itu, defisit kepercayaan yang meluas dalam tatakelola juga menghalang penglibatan rakyat terbanyak dalam menggubal dasar dan memburukkan lagi kesenjangan dan permasalahan sosial.

Dalam kajian bertajuk “The Impact of Perceived Government Corruption on Depressive Symptoms, Moderated by Social Status,” yang diterbitkan dalam jurnal akademik berprestij Scientific Reports, terdapatnya hubung kait positif yang signifikan di antara persepsi rasuah kerajaan dan gejala kemurungan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam erti kata lainnya, kajian ini membuktikan bahawa seseorang itu lebih cenderung mengalami gejala kemurungan sekiranya mereka percaya bahawa kerajaan mereka korup.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan bahawa elemen rasuah bakal meningkatkan kos projek awam hingga 30%, mengakibatkan infrastruktur dan perkhidmatan yang tidak efisien.

Misalan, jika kos pembinaan jajaran lebuh raya negeri atau persekutuan, sekolah, atau hospital yang sepatutnya menelan belanja sebanyak RM100 juta, amalan rasuah telah menaikkan kos pembinaan prasarana awam sehingga RM130 juta.

Tambahan RM30 juta ini bakal ‘ditelan’ akibat amalan rasuah dan tidak digunakan untuk membina prasarana penting negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akibatnya, selain kos projek yang jauh lebih mahal, tetapi lebih malang lagi, kualiti prasarana atau perkhidmatan tidak setimpal dengan harga yang dibayar oleh kerajaan. Ini juga bermakna rakyat Malaysia tidak mendapat manfaat sepenuhnya dari hasil cukai yang dibelanjakan.

Dana besar yang diselewengkan dalam skandal 1MDB, yang berjumlah $4.5 bilion (RM21.28 bilion) telah menyorotkan peluang yang hilang (missed opportunity) untuk pembangunan negara.

Ayuh kita pertimbangkan potensi transformasi yang kita bakal nikmati bersama sekiranya kita berjaya memanfaatkan dana yang ‘hilang’ ini untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti prasarana di Malaysia.

Untuk konteks, bajet pendidikan Malaysia pada tahun 2024 adalah RM58.7 bilion. Ini bermakna kesan kewangan skandal 1MDB sahaja menyamai hampir satu pertiga daripada keseluruhan belanjawan pendidikan negara untuk tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai contoh, Belanjawan 2023 telah memperuntuk sebanyak RM430 juta untuk pembinaan 8 sekolah menengah baru dengan purata sekitar RM54 juta bagi setiap sekolah. Dengan dana 1MDB yang diselewengkan, Malaysia dapat membina kira-kira 256 sekolah menengah baru, bersamaan dengan kira-kira 18 sekolah di setiap negeri.

Manakala bagi bidang penjagaan kesihatan, Hospital Pasir Gudang kini sedang dibina dengan peruntukan sebanyak RM376.32 juta bakal dilengkapi dengan 14 klinik pakar dan 304 katil.

Sekiranya kita memanfaatkan keseluruhan dana 1MDB sebanyak RM21.28 bilion, kita bakal menikmati kemudahan sebanyak 56 hospital baharu atau kira-kira 4 hospital yang canggih setiap bagi setiap negeri di negara ini.

Justeru, kita perlu menggembleng sepenuh tenaga bagi memperkukuh rangka kerja undang-undang, meningkatkan keupayaan penguatkuasaan undang-undang dan memupuk ketelusan kerajaan bagi menangani rasuah di Malaysia dengan lebih berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, kunci kejayaan Malaysia dalam memerangi rasuah bukan sahaja terletak pada pembaharuan undang-undang dan institusi tetapi juga dalam memupuk etos masyarakat yang membenci dan menentang rasuah dengan sekeras-kerasnya.

Rwanda, sebuah negara yang baharu mengharungi tragedi genosid atau pembantaian bangsa hanya dua dekad lalu menawarkan model yang boleh kita teladani dalam membendung gejala rasuah secara organik.

Negara Rwanda mempraktikkan sistem yang dikenali sebagai ‘Imihigo’ iaitu sistem di mana pegawai kerajaan menetapkan dan komited secara terbuka untuk mencapai matlamat pembangunan tertentu dalam tempoh setahun.

Matlamat ini merangkumi pelbagai sektor seperti kesihatan, pendidikan dan prasarana awam. Selepas melaksanakan strategi untuk mencapai sasaran ini, pegawai bertanggungjawab kemudiannya menjalani penilaian yang teliti terhadap prestasi mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan mencapai matlamat yang ditetapkan secara bersama di atas membawa kepada pujian orang ramai dan memungkinkan penerimaan ganjaran. Manakala kegagalan boleh mengakibatkan langkah kebertanggungjawaban.

Sistem ‘Imihigo’ yang diilhamkan oleh amalan tradisional di Rwanda telah menyumbang kejayaan pembangunan negara mereka melalui rasa kebertanggungjawaban, kecekapan dan budaya perkhidmatan awam yang berorientasikan hasil.

Di Malaysia, pemimpin peringkat tempatan (mukim, daerah atau negeri) juga boleh menetapkan sasaran prestasi tahunan yang bukan sahaja realistik dan boleh dicapai tetapi juga berakar umbi dengan aspirasi dan keperluan khusus masyarakat setempat.

Untuk mengguna pakai model ini dengan berkesan, Malaysia boleh memulakan program di mana pemimpin tempatan dan wakil masyarakat mengenal pasti dan mengutamakan agenda khusus antirasuah mereka secara kolaboratif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Matlamat ini boleh merangkumi daripada meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam kepada meningkatkan ketelusan dalam projek tempatan.

Artikel lain: CUEPACS Sokong Syor PM, Tahan Kenaikan Pangkat Jika Tidak Lapor Rasuah

Sesi dialog awam (town hall) yang kerap dan mekanisme maklum balas komuniti boleh diwujudkan untuk memantau kemajuan dan memastikan bahawa sasaran ini benar-benar organik dan mencerminkan keperluan komuniti.

Tambahan pula, penggabungan sistem ganjaran dan pengiktirafan untuk komuniti dan pemimpin yang mencapai sasaran anti-rasuah mereka boleh memupuk pendekatan yang positif dan proaktif dalam menangani rasuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sistem ini boleh disebarkan melalui kempen kesedaran di seluruh negara dengan mengetengahkan kisah kejayaan, dan menggalakkan budaya integriti dan kebertanggungjawaban di semua peringkat kerajaan.

Melalui pemerkasaan kepimpinan dan komuniti tempatan dalam penetapan dan pengukuran matlamat anti-rasuah yang realistik dan sesuai dengan konteks tempatan, Malaysia boleh mewujudkan pendekatan yang membumi demi membasmi rasuah.

Strategi sebegini bukan sahaja praktikal dari sudut ekonomi, malahan mampu memupuk rasa pemilikan dan tanggungjawab dalam kalangan rakyat untuk memerangi rasuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya dan Setiausaha Majlis Pendidik Kewangan Islam Antarabangsa (ICIFE).

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal menyertai Kumpulan BRICS (sebuah kesatuan ekonomi yang terdiri daripada negara-negara Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika...

Lokal

Polis sedang memburu empat lelaki bertopeng yang terlibat kes samun menggunakan senjata api di sebuah kedai emas dalam bangunan pusat beli belah di Metro...

Politik

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menganggap pengumuman penurunan harga telur ayam sebanyak tiga sen yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai...

Bisnes

Syarikat perisian komputer, Adobe Systems Incorporated (Adobe) dilaporkan telah disaman Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) berikutan penawaran pelan langganan yang dikatakan tidak telus kepada pengguna. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd