Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

CEO Sabah Electricity Sebak Ketika ‘Live’, Umum Bekalan Elektrik Berjaya Dipulihkan

Bekalan elektrik ke Pantai Timur Sabah yang terputus sejak Sabtu lepas berjaya dipulihkan sepenuhnya malam tadi, lapor Bernama.

CEO Sabah Electricity sebak

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Mohd Yaakob Jaafar berkata bekalan yang terjejas susulan gangguan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud itu kembali beroperasi pada jam 10.20 malam.

“Terima kasih kepada semua wira di lapangan dan di belakang tabir yang bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan pemulihan ini dapat dilaksanakan, serta kepada pengguna atas kesabaran dan sokongan sepanjang tempoh cabaran ini,” katanya.

Sabah Electricity

Beliau berkata demikian dalam satu sesi siaran langsung di Facebook Sabah Electricity Careline, malam tadi bagi menjelaskan status terkini bekalan elektrik di kawasan yang terjejas.

Sabah Electricity

Bagaimanapun, momen kata-kata itu menjadi tular di media sosial memaparkan beliau sebak sekali gus gagal menahan air mata sebaik menyampaikan bahawa bekalan elektrik dipulihkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dipercayai Hilang Dibawa Arus Deras, Rakan Mohon Doa Buat Petugas Sabah Electricity

Difahamkan, SESB menyasarkan tempoh lapan hari bagi proses membaik pulih masalah berkenaan namun berjaya membaiki kerosakan dalam masa empat hari sahaja.

Sabah Electricity

Terdahulu pada Sabtu lalu, kawasan Pantai Timur Sabah mengalami gangguan bekalan selepas dua talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud terputus akibat menara tumbang susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Kolopis, Penampang.

SESB memaklumkan menara gantian berjaya didirikan dan dioperasikan, sekali gus menyambung semula bekalan ke kawasan Pantai Timur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Talian itu menghubungkan Kampung Kolopis di Pantai Barat Sabah dengan Segaliud di Sandakan, Pantai Timur Sabah, bagi memastikan bekalan elektrik stabil di kedua-dua wilayah.

Sumber: Bernama, Facebook Sabah Electricity Careline

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Sosial

Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd