Pelakon Jessica Smith yang memainkan watak ‘Bayi Matahari’ dalam rancangan popular kanak-kanak Teletubbies akhirnya melahirkan seorang anak sendiri.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jessica telah memuat naik foto anak perempuannya seminggu selepas dilahirkan pada Januari lalu.
Beberapa hari kemudian, Jesicca mengumumkan nama anak perempuannya menerusi satu perkongsian yang memaparkan suaminya membawa bayi mereka dalam ‘car seat’.
“12 hari dalam kehidupan kami, tujuh hari di rumah dan dua orang ibu bapa yang sangat bertuah.
“Selamat datang, Poppy Rae Latham,” katanya pada ruangan kapsyen.
Dalam satu perkongsian terbarunya, Jessica telah memuat naik dua keping foto memaparkan anak perempuannya yang kini berusia kira-kira dua bulan bersama patung teletubbies yang bernama Po.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa gembira apabila melihat foto itu kerana ia mengingatkan kembali kenangan mereka bersama Teletubbies.
Cantik macam awak
Comel sangat-sangat!!
Sampai sekarang, anak saya masih ada patung Teletubbies
Saya masih simpan barangan Teletubbies
Menerusi tinjauan di X, ramai warganet yang berseloroh bahawa bayi matahari yang dulu kini sudah mempunyai anak, namun mereka yang menonton rancangan Teletubbies masih belum mempunyai pasangan.
Dah ada anak dah….
Dah ada anak sedangkan saya masih berbaring
Dia dah ada anak, korang???
Yang tengok teletubbies dah ada anak ke?
Saya masih sibuk scroll X
Terdahulu, pelakon ‘bayi matahari’ dalam Teletubbies tidak pernah dikredit sehinggalah Jessica mendedahkan bahawa pemegang watak bayi tersebut adalah dirinya.
Sumber: Instagram Jessica Smith, X @tvindonesiawkwk