Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Wakil Rakyat Pembangkang Ditahan, Dakwaan Kes Libat Gadis Bawah Umur

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang juga anak kepada wakil rakyat pembangkang di Pahang ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol melibatkan seorang gadis bawah umur.

Memetik laporan daripada Harian Metro, remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu ditahan semalam selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa.

Mangsa berusia 16 tahun ketika kejadian

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, berdasarkan laporan, mangsa berusia 16 tahun mendakwa kejadian berlaku di sebuah rumah di sini pada awal Mac lalu selepas keluar bersama suspek yang baru dikenali di Bandar Maran.


“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit.
“Mangsa bagaimanapun memaklumkan kejadian itu kepada ibunya semalam sebelum laporan polis dibuat,” katanya menerusi kenyataan.

Siasatan terhadap suspek selesai

Menurut beliau, suspek yang ditahan semalam telah dibebaskan hari ini selepas polis selesai merakam keterangannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiada keperluan untuk polis mendapat perintah tahanan reman kerana siasatan terhadap suspek sudah selesai.
“Keterangan dan sampel darah sudah diambil serta pengakuan jelas suspek,” katanya.

Artikel lain: Lelaki Kasari, Langgar Isteri Dengan Motosikal Dicekup Polis

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Sebelum ini, isu berkenaan turut tular di media sosial yang mendakwa seorang gadis bawah umur menjadi mangsa dalam kejadian melibatkan anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang di negeri itu.

Sumber: Harian Metro (Fazli Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd