Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tanpa Gaji, Nurul Izzah Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan PM

Bekas Ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Harian Metro, jawatan yang diberikan kepada Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR telah berkuat kuasa 3 Januari lalu.

“Ini boleh dimanfaatkan dalam pembabitan saya bersama pakar dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, kebertanggungjawaban dan dasar berasaskan bukti,” katanya.

Susulan itu, Izzah berharap dengan pengalamannya sebelum ini sebagai Ahli Parlimen dengan mengendalikan isu kemiskinan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta perkhidmatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan dapat membantunya menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

“Peranan baharu saya akan membolehkan saya memikul tanggungjawab baharu yang sudah pasti mencabar, berikutan masalah ekonomi yang kita hadapi.
“Bagaimanapun, saya yakin mampu menyumbang kepada evolusi Malaysia, yang bukan saja untuk pertumbuhan tetapi yang memartabatkan semua lapisan masyarakat dan menyediakan kesaksamaan dalam peluang,” jelasnya lagi.

Bukan itu sahaja, menurut Malaysia Kini, jawatan tersebut difahamkan tidak dibayar sebarang gaji malah, Anwar turut mengesahkan beliau tidak memberi sebarang elaun kepada anak perempuannya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Izzah pernah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal dari tahun 2008 sebelum di Permatang Pauh. Bagaimanapun, beliau tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber: Harian Metro (Zanariah Abd Mutalib), Malaysia Kini (Zikri Kamarulzaman)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Dunia

Tiga penjenayah warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai antara paling dikehendaki polis, ditahan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) selepas mencetuskan kekecohan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd