Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Misteri Kehilangan Terbongkar! 6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar?

Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang musnah terbakar di kawasan kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, rangka berkenaan ditemukan pada 9 Januari lalu dan dipercayai telah terbakar sejak beberapa bulan sebelum itu.

Menurut beliau, penemuan rangka berkenaan dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang sedang mengesan ahli keluarganya yang terputus hubungan sejak tiga bulan lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar

Beliau berkata, lelaki berkenaan mendakwa lokasi rumah terbabit menjadi tempat tinggal isteri serta anak-anaknya selepas mereka berpisah sebelum ini dan laporan polis dibuat pada hari sama jam 1.28 tengah hari.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menerima laporan daripada lelaki itu yang sedang mencari isteri dan anak-anaknya berhubung penemuan rangka manusia di dalam rumah terbakar.
“Hasil bedah siasat ke atas rangka-rangka terbabit mengesahkan kehadiran sekurang-kurangnya seorang mangsa dewasa dan seorang mangsa kanak-kanak atau lebih.
“Rangka berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak berlerai, hasil laporan patalogi dan bedah siasat, kematian mereka dianggarkan mencecah tempoh tiga bulan,” katanya, hari ini.

Menurut Ab Rahaman, siasatan awal mendapati enam mangsa terdiri daripada seorang ibu berusia 35 tahun bersama empat orang anak iaitu tiga anak perempuan berusia 5, 9 dan 17 tahun serta seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Turut terkorban seorang lelaki dewasa dipercayai rakan kepada wanita berkenaan berusia 29 tahun.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat risikan, polis menahan empat suspek warga tempatan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 35 tahun di sekitar kawasan Iskandar Puteri pada jam 4 petang, 21 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil semakan mendapati semua suspek memiliki rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing awal ke atas tiga suspek menunjukkan keputusan positif bagi dadah jenis methamphetamine.
“Hubungan suspek dengan si mati iaitu lelaki dan wanita dewasa adalah rakan dan pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
“Manakala anak wanita berkenaan tidak bersekolah serta lokasi itu terletak kira-kira dua kilometer daripada laluan utama, terdapat sebuah kuil bersebelahan dan jauh dari penempatan lain,” katanya lagi.

Tambah beliau, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan keputusan dibuat untuk mendakwa dua suspek lelaki mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Pertuduhan ke atas kedua-dua suspek akan dibacakan di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 4 Februari.
“Sekiranya disabitkan bersalah, hukuman boleh mencapai hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
“Manakala dua lagi suspek dibebaskan dengan bon,”ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau memuat naik hantaran yang boleh mengganggu siasatan serta prosiding mahkamah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline siasatan,” katanya.

Sumber: FB Sinar Harian, Harian Metro (Mary Victoria Dass)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd